December 14, 2024
Travel

AirAsia Cabin Crew For A Day- amirnawawi

AirAsia Cabin Crew For A Day

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah hari ini ringan rasanya jari ini untuk menaip alkisah serta pengalaman menjadi cabin crew untuk sehari dalam program #AABCCabinCrewForADay.

Sebelum bercerita lebih lanjut, izinkan saya perkenalkan sedikit apa itu AABC. AABC adalah singkatan untuk AirAsia Blogger’s Community. Di mana dalam komuniti ini terhimpun blogger dari pelbagai bangsa di bawah seliaan PR AirAsia..

image001

Baiklah sekarang kita berbicara mengenai istilah pula. Ada yang masih binggung bila saya cakap FA. Apa itu FA? FA adalah singkatan untuk flight attendant. Dan ada juga yang masih terkeliru apa itu cabin crew, flight attendant dan stewardess. Untuk makluman semua, kesemua itu adalah istilah yang sama maksudnya dengan pramugari. Namun sesetengah syarikat penerbangan menggunakan istilah yang berbeza untuk setiap pramugari mereka.

Baiklah kembali kepada topik asal, dalam sehari ini, kami belajar bagaimana untuk menjalani hari-hari sebagai seorang FA yang komited..

AABC

Kami semua tiba pada awal pagi di AACE iaitu Asian Aviation Centre of Excellence. Di sambut MESRA oleh En Ashman, En Djuani dan Mr Alson. Setelah selesai sarapan pagi, kami dibawa melawat ke seluruh AACE ini. Ala-ala lawatan sambil belajar gituh. Antara tempat yang kami berkunjung adalah, perpustakaan, kelas belajar, bilik komputer, flight simulator dan banyak lagi. Memang menarik.

Air Asia 1

Pusat informasi dan perpustakaan mini. Disinilah para FA dan Pilot mengambil segala bentuk nota pembelajaran mereka. Dan lelaki ni la yang bernama Mr Elson itu. oh!
air asia 2

Masuk kelas ketika para FA dari Thailand sedang belajar CPR..air asia 3

Bilik latihan komputer dimana asas koputer diajarair asia 4

Flight simulation areaair asia 5

Bilik komputer dimana para pilot belajar mengenai sistem aircraftair asia 7

Kelas grooming di mana para FA diajar mengenai segala bentuk grooming la. Make-up. walking and so onair asia 8

Nampak tak betapa terujanya aku di situ. Oh!

Ayuh kita bercerita mengenai kelas yang kami belajar pula pada hari tersebut.

Kelas pertama ialah bagaimana untuk membuat pengumuman keselamatan. Ala pengumunan sewaktu pesawat berlepas tu la. Yang pramugari dok tunjuk seatbelt, oxygen mask dan safety tu. macam la kalian tak pernah naik flight kan, mesti tahu pasal ini. Tapi ternyata susah juga untuk melakukannya. Namun di atas bimbingan dan dorongan yang tidak berbelah bagi ditunjukan Mr Alson, kami berjaya melakukannya dengan cemerlang (ayat skema giler)

I hate doing this! hahaha
I hate doing this! hahaha

Seterusnya kelas door drill. Dalam kelas ini kami diajar bagaimana untuk handle pintu kapalterbang ini apabila berlakunya kecemasan. Bukan main bukak jer, harga satu ni RM 1.8 juta. Harga pintu sahaja kau. Tu yang kena bukak berhati-hati tuh. Boleh juga dibuka dari dalam dan dari luar. Berat kot pintu ni. Patutlah tangan pramugara dan pramugari ada muscle semacam jer..haha.

DSC_4335

Cara untuk membuka pintu pesawat dari luar.

air asia 13Rupa bentuk pintu pesawat dari dalam

Kelas seterusnya adalah slide drill. Oh yang ni paling tak boleh aku tahan. aku takut tinggi!!! Tapi jangan fikir panjang, terjun sahaja. Lepas tu terus kau rasa lega sesangat. Satu perkara yang aku belajar dari sesi ini adalah, bila berlaku sesuatu, jangan fikir terlalu lama, buat jer. Kalau tak otak sentiasa dok fikir aku tak boleh buat, padahal benda senang sahaja. Oh! Berasap punggung aku slide nih. Patut la semua kena pakai seluar tebal. Stoking aku berlubang sebab geseran ini. Apapun amat menarik dan patut dicuba oleh semua.

(Pesanan: Jangan ingat ni sama macam gelongsor kat taman tema air tuh, yang ini jauh bezanya ya. Harap maklum)

Air Asia 11

Kelas terakhir sekali adalah Water Drill. I love water! Memang macam dugong jumpa air la bila aku main water drill ni. Namun ini adalah salah satu yang paling kronik apabila berlakunya kecemasan. Setiap penumpang mahupun FA perlulah bekerjasama erat bagi memastikan semuanya selamat. Paling penting semua jangan panik. Dengar arahan ketua dan bertenang. yeah! Kami berjaya juga harungi ujian ini walaupun bot bergerak kiri kanan bagai tiada arah tujuan.

Macam ni la apa yang kami lakukan.
Macam ni la apa yang kami lakukan.

Sejujurnya memang penat kalau bermain dalam air. Banyak tenaga yang digunakan. Namun satu pengalaman hebat tercipta untuk semua perserta. Semua pulang dengan gembira dalam kepenatan.

DSC_4182

Melompat kegembiraan kami semua

Air asia 14 Air Asia 15

Terima kasih semua ada layanan sepanjang pengembaraan ini.

Dan bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman sebenar sebagai FA ini bolehlah menjalani temuduga AirAsia ini.

airasia interview

Selamat terbang di awan biru..

JOm bercuti bersama saya, kapten anda..
Jom bercuti bersama saya, kapten anda..

AM: Teringin nak terbang pula.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

22 thoughts on “AirAsia Cabin Crew For A Day- amirnawawi

      • azizurrahman b abd rahim

        asalamualaikum..saya azizurrahman b abd rahim.bernombor kad pengenalan,800107-14-5345.baru tamat kursus aviotian edufly akademi.saya sudah ada di tunjuk pihak akademi aviotion cara dan bagaimana mengedalikan dalam persawat.dan kecemasan .lagi pun saya sudah ada pengelaman kecemasan(cpr)..sekarang nie saya ingin memohon jawatan cabin crew air asia.saya harap syarikat air asia dapat memberikan perluang kepada saya untuk mengisi kekosonggan jawatan.sekian terima kasih..

        Reply
  • wahhh..leh la hang jadi flight attendand nanti ye..

    Reply
  • aha… baca entri nih memang rasa rindu jer kat aircraft… tak sabar tunggu bulan Mac nih utk masuk keje kat sana… 😉

    Reply
  • Pingback: Peringkat Temuduga Pramugari AirAsia - amirnawawi

  • Syahrin

    Saya nak tanya..FA candicate ni takde limit ke..dengan mksud lain kekosongan
    thun dpn hbis SPM boleh mohon terus ke?

    Reply
  • Pingback: Juruterbang Wanita AirAsia - amirnawawi

  • Pingback: Krew Kabin AirAsia Membosankan? - AMIRNAWAWI

  • Marsha

    Nak tanya , kriteria nak jadi cabin crew ni macam mana ? Perlu memenuhi syarat ke ? Contohnya , dari segi ketinggian . kalau tinggi setakat 150 cm boleh apply ke ? 😂 macam mana pulak dengan berat badan ? Perlu slim ehh ?

    Reply
  • Memang perlu fasih berbahasa inggris ka?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *