Site icon AMIRNAWAWI

AirAsia Cabin Crew For A Day- amirnawawi

AirAsia Cabin Crew For A Day

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah hari ini ringan rasanya jari ini untuk menaip alkisah serta pengalaman menjadi cabin crew untuk sehari dalam program #AABCCabinCrewForADay.

Sebelum bercerita lebih lanjut, izinkan saya perkenalkan sedikit apa itu AABC. AABC adalah singkatan untuk AirAsia Blogger’s Community. Di mana dalam komuniti ini terhimpun blogger dari pelbagai bangsa di bawah seliaan PR AirAsia..

Baiklah sekarang kita berbicara mengenai istilah pula. Ada yang masih binggung bila saya cakap FA. Apa itu FA? FA adalah singkatan untuk flight attendant. Dan ada juga yang masih terkeliru apa itu cabin crew, flight attendant dan stewardess. Untuk makluman semua, kesemua itu adalah istilah yang sama maksudnya dengan pramugari. Namun sesetengah syarikat penerbangan menggunakan istilah yang berbeza untuk setiap pramugari mereka.

Baiklah kembali kepada topik asal, dalam sehari ini, kami belajar bagaimana untuk menjalani hari-hari sebagai seorang FA yang komited..

Kami semua tiba pada awal pagi di AACE iaitu Asian Aviation Centre of Excellence. Di sambut MESRA oleh En Ashman, En Djuani dan Mr Alson. Setelah selesai sarapan pagi, kami dibawa melawat ke seluruh AACE ini. Ala-ala lawatan sambil belajar gituh. Antara tempat yang kami berkunjung adalah, perpustakaan, kelas belajar, bilik komputer, flight simulator dan banyak lagi. Memang menarik.

Pusat informasi dan perpustakaan mini. Disinilah para FA dan Pilot mengambil segala bentuk nota pembelajaran mereka. Dan lelaki ni la yang bernama Mr Elson itu. oh!

Masuk kelas ketika para FA dari Thailand sedang belajar CPR..

Bilik latihan komputer dimana asas koputer diajar

Flight simulation area

Bilik komputer dimana para pilot belajar mengenai sistem aircraft

Kelas grooming di mana para FA diajar mengenai segala bentuk grooming la. Make-up. walking and so on

Nampak tak betapa terujanya aku di situ. Oh!

Ayuh kita bercerita mengenai kelas yang kami belajar pula pada hari tersebut.

Kelas pertama ialah bagaimana untuk membuat pengumuman keselamatan. Ala pengumunan sewaktu pesawat berlepas tu la. Yang pramugari dok tunjuk seatbelt, oxygen mask dan safety tu. macam la kalian tak pernah naik flight kan, mesti tahu pasal ini. Tapi ternyata susah juga untuk melakukannya. Namun di atas bimbingan dan dorongan yang tidak berbelah bagi ditunjukan Mr Alson, kami berjaya melakukannya dengan cemerlang (ayat skema giler)

I hate doing this! hahaha

Seterusnya kelas door drill. Dalam kelas ini kami diajar bagaimana untuk handle pintu kapalterbang ini apabila berlakunya kecemasan. Bukan main bukak jer, harga satu ni RM 1.8 juta. Harga pintu sahaja kau. Tu yang kena bukak berhati-hati tuh. Boleh juga dibuka dari dalam dan dari luar. Berat kot pintu ni. Patutlah tangan pramugara dan pramugari ada muscle semacam jer..haha.

Cara untuk membuka pintu pesawat dari luar.

Rupa bentuk pintu pesawat dari dalam

Kelas seterusnya adalah slide drill. Oh yang ni paling tak boleh aku tahan. aku takut tinggi!!! Tapi jangan fikir panjang, terjun sahaja. Lepas tu terus kau rasa lega sesangat. Satu perkara yang aku belajar dari sesi ini adalah, bila berlaku sesuatu, jangan fikir terlalu lama, buat jer. Kalau tak otak sentiasa dok fikir aku tak boleh buat, padahal benda senang sahaja. Oh! Berasap punggung aku slide nih. Patut la semua kena pakai seluar tebal. Stoking aku berlubang sebab geseran ini. Apapun amat menarik dan patut dicuba oleh semua.

(Pesanan: Jangan ingat ni sama macam gelongsor kat taman tema air tuh, yang ini jauh bezanya ya. Harap maklum)

Kelas terakhir sekali adalah Water Drill. I love water! Memang macam dugong jumpa air la bila aku main water drill ni. Namun ini adalah salah satu yang paling kronik apabila berlakunya kecemasan. Setiap penumpang mahupun FA perlulah bekerjasama erat bagi memastikan semuanya selamat. Paling penting semua jangan panik. Dengar arahan ketua dan bertenang. yeah! Kami berjaya juga harungi ujian ini walaupun bot bergerak kiri kanan bagai tiada arah tujuan.

Macam ni la apa yang kami lakukan.

Sejujurnya memang penat kalau bermain dalam air. Banyak tenaga yang digunakan. Namun satu pengalaman hebat tercipta untuk semua perserta. Semua pulang dengan gembira dalam kepenatan.

Melompat kegembiraan kami semua

Terima kasih semua ada layanan sepanjang pengembaraan ini.

Dan bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman sebenar sebagai FA ini bolehlah menjalani temuduga AirAsia ini.

Selamat terbang di awan biru..

Jom bercuti bersama saya, kapten anda..

AM: Teringin nak terbang pula.

Exit mobile version