Site icon AMIRNAWAWI

#amirtravel: Kem Kepenggunaan GPS di Gunung Ledang Resort Tangkak Johor

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca blog yang budiman dan dikasihi sekalian. Semoga semunya brada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman berkhemah ataupun berprogram di Hutan simpan Malaysia di Johor.

Untuk makluman semua, pada Jumaat lepas, saya dan rakan-rakan lain berpeluang untuk ke Gunung Ledang bagi mengikuti Kem Kepenggunaan gerakan Pengguna Siswa (GPS) anjuran Pejabat Pedagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang dengan kerjasama PPDNKK Johor. Penyertaan seramai 34 orang pelajar dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan 21 orang pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk menambah pengetahuan peserta mengenai perihal kepenggunaan. Akta-akta, dan pelbagai lagi pekara baru yang dapat dipelajari.

Penginapan kami yang serba indah

Keindahan yang mendamaikan

Penghulu dan penghuluwati kami. terbaik!

Bermandi-manda di Kolam Puteri di atas Gunung Ledang

Ofcoz la kena bergambar dulu di kolam Puteri nih

Kepenatan teserlah selepas turun dari mendaki Gunung Ledang.

Berbelanja di Pekan Bukit Gambir. Diberikn wang oleh pihak  PPDNKK dan kami kena berbelanja mengikut jumlah wang yang diberikan. Korang nampak tak apa yang aku nampak lam gambar nih? Kongsikan apa yang korang nampak.

Majlis makan malam ditambah pula dengan persembahan setiap kumpulan. Menarik! (Ebby ngan Pinky)

Majlis penutup dihadiri oleh pengarah PPDNKK Pahang, Johor dan pegawai dari UMP bersama Penghulu kami.

 

Bergambar beramai-ramai.. Dipengakhiran program sudah.

erkkk? Motifff gambar nih? Timah gantung n Cik Jenab. Habis segala kamera orang dia bedal untuk ambik gambar sendiri.

A pic with thousand words..

Namun apa ekspetasi awal aku meleset. Aku ingatkan pergi camping dapat kurangkan berat badan dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan, rupanya makin naik berat badan aku setelah pulang dari sana. ternyata kami diberi makan dengan sempurna.. Ewahh!

Apapun pelbagai program dirangka untuk memastikan golongan sasar mendapat manfaat dari apa yang dianjurkan ini. Setelah perbincangan dengan pihak PPDNKK, banyak lagi program akan dilaksanakan pada waktu mendatang. InsyaAllah.. Teringin aku nak turut serta dalam operasi mereka. Mesti gempak kan ambush-ambush orang nih..(next program maybe)

 

AM: Banyak benda baru yang dipelajari.. amat berguna untuk hari mendatang.

 

Kredit gambar dari teman-teman GPS UMP dan UTM

Exit mobile version