Site icon AMIRNAWAWI

#amirtravel: Muzium Sungai Lembing Kuantan Pahang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Semoga anda semua sehat-sehat belaka hendaknya. Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog ini. Apapun saya baru sahaja habis semester 5 pengajian saya. Dan mungkin sepanjang cuti ini akan saya aktif semula menulis 🙂

Baiklah, hari ini anda bersama dalam segmen amirtavel lagi. Kali ini saya ingin membawa anda semua ke tempat bersejarah di negeri Pahang iaitu ke Sungai Lembing. Mungkin semua telah mengetahui asal usul Sungai Lembing kan? Kalau yang belum tahu tu boleh baca kat sini ya 🙂

Kalau anda bertandang ke Sungai Lembing, jangan lupa untuk masuk ke Muzium Sungai Lembing. Pelbagai artifak sertai penceritaan mengenai Sungai Lembing dipaparkan dalam muzium ini. Dan masuk ke dalam muzium ini adalah PERCUMA!. Jom kita tengok apa yang ada dalam Muzium Sungai Lembing ini ya

Tempat beradu Sultan

Dalam betul lombong buatan ini. Anda patut datang untuk melihat sendiri kedalaman lombong ini 🙂

Pelbagai lagi benda menarik ada dalam ini. Kalian patut datang sendiri untuk merasainya. Dan dikhabarkan juga perkidmatan RapidKuantan juga anda datang ke sini. Jom penuhi cuti anda dengan mempelajari asal usul negara. 🙂

 

AM: Mendaki Bukit Panorama memang menarik. Anda patut mendakinya dan menikmati panorama matahari terbenam di puncak bukit itu 🙂

Exit mobile version