Anchor Dairy | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai ulangtahun ke 133 bagi Anchor Dairy.
Jika sebut sahaja tentang Anchor Dairy, saya pasti semua antara kita di Malaysia ini akan mengenali jenama ini. Mana tidaknya, kita dibesarkan dengan produk dari Anchor Dairy ini. Produk tenusu yang dibawa khas dari New Zealand dengan kebaikan susu penuh.
Sedar tak sedar, kini Anchor Dairy sudah 133 tahun berada di pasaran. Di Malaysia pula, jenama ini telah meneroka pasaran tempatan pada tahun 1960 lagi. Memang sudah lama dan jenama yang dipercayai.
Untuk meraikan ulangtahun mereka ini, pihak Anchor Good Professionals telah mengadakan majlis untuk meraikan para pendokong-pendokong serta rakan niaga mereka di sini pada majlis yang diadakan di Hotel Pullman Bangsar.
Turut hadir pada majlis ini adalah Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia dan Brunei iaitu Mr. Hunter Nottage. Menurut Mr Hunter, Ulangtahun ke 133 ini kejayaan besar buat Fonterra iaitu syarikat antarabangsa yang menjual produk tenusu ke 80 negara seluruh dunia. Apa yang menariknya, syarikat ini dianggotai oleh seramai 100,000 peladang di New Zealand.
Dengan keyakinan yang tinggi diberikan oleh rakyat Malaysia menjadikan pihak Fonterra mampu mendirikan 2 kilang produksi di sini dan memberikan peluang pekerjaan kepada 700 orang anak tempatan. Ianya adalah pencapaian yang cukup membanggakan bagi mereka.
Menurut Mr Jack Tan, Pengarah Bersekutu Fonterra Brands Malaysia pula, sambutan ulangtahun ke 133 ini adalah untuk menghargai sokongan yang diberikan oleh pelanggan dan juga pihak operator yang melebihi 6000 restoran, bakeri, dan kafe di seluruh negara. Ini kerana, merekalah yang sentiasa menggunakan produk Anchor dalam sajian mereka.
Oleh yang demikian, bertemakan ‘Our Birthday, Your Celebration: Rejoicing 133 Years of Quality Anchor Dairy’, pihak Anchor melancarkan peraduan #anchorlegendairy . Dengan mengambil bahagian di 1330 restoran, bakeri dan kafe di seluruh Malaysia dan Brunei, para pelanggan bertuah akan memenangi sehingga RM50,000. Peraduan ini bermula dari 1 Oktober 2019 sehinggalah 5 Januari 2020.
Selain itu juga, pihak Anchor Dairy juga bekerjasama dengan CARING MOMS selama 3 bulan untuk mempamerkan perjalanan mereka menggunakan produk Anchor Dairy dalam penyediaan makanan mereka yang enak. Pada majlis ini juga disajikan hasil air tangan ibu-ibu ini kepada para tetamu. Memang sedap!
Rangkaian produk Anchor Dairy sememangnya telah sebati dengan para bakers sejak dahulu lagi. Dengan kualiti yang terbaik pastinya akan menjadikan hasil air tangan mereka juga terbaik. Ianya tidak boleh disangkal lagi kerana lembu-lembu disana dijaga rapi supaya dapat menghasilkan susu yang terbaik seterusnya produk berkualiti dapat dihasilkan.
Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan sambutan ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Facebook: Anchor Food Professional
Instagram: @anchorfp.my
Website: