April 19, 2024
Hal-hal Semasa

Arahan Baru SPAD yang Menyusahkan Penumpang

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua pembaca yang budiman sekalian. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Dan buat pembaca yang berbangsa Cina, Selamat tahun baru Cina saya ucapkan.

Ini adalah kisah pengalaman saya yang berlaku semalam. Memang menyusahkan dan betul-betul rasa geram. Saya seperti biasa akan mengambil bas dari stesen Bas Jalan Pekeliling untuk ke Kuantan. Dan saya akan berhenti turun di perhentian bas berhdapan dengan universiti saya di Gambang ini.

Namun semalam sesuatu yang amat berbeza berlaku. Semua penumpang bas tidak dibenarkan turun selain terminal bas, seperti contohnya di Terminal Sentral Kuantan. Apa yang menjadi masalahnya sekarang ialah kenapa tidak dibenarkan berhenti di perhentian bas? Sedangkan sudah bertahun lamanya saya ulang-alik dan berhenti di situ.

Selepas diberitahu oleh pemandu bahawasanya mereka tidak akan berhenti selain terminal, saya cuba ‘slow talk’ dengan mereka kerana saya sampai di perhentian bas hadapan UMP dalam pukul 3.15 petang. Saya menjangkakan akan sempat bertemu dengan pensyarah saya pukul 3.30 petang kerana memang itulah yang biasa berlaku.

Namun , pemandu itu memberitahu saya,

Saya tidak boleh buat begitu, bukan saya tak kesiankan wak, tapi awak kena la kesiankan saya juga. Kalau SPAD dapat tangkap saya turunkan penumpang, saya kena saman RM1000 tau.

Memang saya pun faham la bila pemandu dah berkata begitu. Dia pun HANYA MENURUT ARAHAN. Saya tidak salahkan dia namun arahan yang dikeluarkan SPAD itu seakan menyusahkan penumpang. menyusahkan dari segi apa?

Perjalanan saya semalam
Perjalanan saya semalam

1) Wang ringgit: untuk makluman semua, harga tiket bas dari Hentian Jalan Pekeliling ke Kuantan RM22, namun jika saya mengambil teksi dari terminal sentral untuk kembali ke UMP tambangnya RM30++. Saya perlu keluarkan lagi RM30 padahal bas itu MEMANG DAH LALU DEPAN UNIVERSITI SAYA! Tak rasa bodoh ke kena ulang alik tempat sama?

2) Masa: Saya dah sampai depan universiti saya pukul 3.15 petang namun tanpa bas berhenti, saya terpaksa ke terminal dan sampai di sana pukul 3.45 petang. Lepas itu pulang pula ke UMP. Dah sejam masa saya dibazirkan disitu. (dan saya tidak sempat juga jumpa pensyarah saya semalam)

Walauapapun saya berharap agar SPAD menarik balik arahan ini. Mungkin ada beberapa sebab arahan itu dikeluarkan, namun saya berharap agar mereka mendengar rintihan rakyat marhaen yang tidak seberapa ada ini. Ada juga luahan yang diterbitkan di portal News Strait Times berkenaan hal ini.

SPAD

Klik sini untuk bacaan lebih lanjut

Rakyat diminta berjimat, namun beberapa arahan dibuat membuatkan rakyat terbeban dan JIMAT CERMAT menjadi bebanan.

AM: Amat kecewa semalam. jujurnya saya amat kecewa.. Duit itu amat berharga bagi pelajar universiti.. :'(

Kemaskini

Berikut adalah maklumbalas pihak SPAD setelah dikirimkan aduan kepada mereka berkenaan hal ini.

SPAD2
Klik gambar untuk lebih jelas

Pesanan saya: Maka rakan-rakanku sekalian, kalau pakcik bas taknak berhenti tu jangan marah depa noh, depan HANYA MENURUT PERINTAH, hampa semua sediakan duit jer untuk tambang balik semula ke tempat anda dari terminal.. kikikih

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.. Gituhlahhh!

Sila tekan like, share dan tweet untuk makluman semua..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Arahan Baru SPAD yang Menyusahkan Penumpang

  • apa reason dia buat macam ni? aduh risau pulak aku ni sebab kat perak kalau tak boleh stop kat bustop memang jauh gila kentang la perginyaa -___-

    Reply
    • tu la… Aku pun memang jauh la kena balik semula Uni.. padahal memang lalu depan uni pun

      Reply
  • Agak menyusahkan. Kalau kedudukan rumah didalam laluan pada pendapat saya sepatutnya tidak ada masalah.

    Reply
  • sabar ajelah ehh..nak wat camana..mesti ada sebab spad wat camtu..

    Reply
  • Bakpogini & Bakpogini

    lorrr..camtu pulak ker mir?memang naya jugak la..nasib baik harga teksi masih sama cam dulu..huhu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *