Walaupun universiti saya tidak termasuk dalam pilihan, namun perasaan ingin tahu dan teruja membuatkan saya menerjah roadshow mereka di Universiti Sunway pada 12 Jun yang lepas Apa yang boleh saya katakan memang tidak sia-sia saya datang dari jauh untuk bersama-sama dalam roadshow AOTG ini. Meriah weh!
Pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk para mahasiswa antaranya pop kuiz, sepak bola, cabutan bertuah dan pelbagai acara lain yang menarik lagi. Pastinya memang meriah dengan penyertaan dari pelajar Sunway yang sporting habis. Saya juga turut merasa kehangatannya. Dan yang paling menarik adalah hadirin yang hadir menerima goodies bag istimewa dari pihak Astro. Wah! Bertuah anda semua ya. Macam macam ada dalam tuh. Sebelum itu ayuh kita saksikan antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.
Bukan itu sahaja, terdapat aktiviti pendaftaran untuk akaun Astro on the Go juga. Ramai mahasiswa yang hadir untuk tidak melepaskan peluang menjadi pengguna Astro on the Go ini. Mana tidaknya, hiburan tanpa had kau! Pelbagai promosi hebat diberikan kepada pelajar yang sign up Astro on the Go pada hari tersebut. Memang rugi jika anda tidak hadir sama pada jelajah kali ini.
Mesti anda dah berasa sedih sebab tak dapat turut serta dalam jelajar AOTG ini kan? Jangan sedih-sedih ya kekawan semua, mari sini saya kongsikan kepada anda semua bagaimana cara untuk anda sertai Astro on the Go ini. Mari pakat dekat-dekat dan rapat-rapat. Yang bukan pelanggan Astro pun tak perlu kecil hati, SEMUA DAPAT SIGN UP Astro on the Go ini.
Pertamanya, pastikan anda ada tablet, telefon pintar ataupun netbook, laptop, dan sebagainya lagi. Bagi pengguna Adroid, download aplikasi AOTG di Google Play, ikuti sahaja langkah mudah dibawah
Bagi pengguna laman web pula, pergi ke onthego.astro.com.my dan ikuti segala langkah yang telah di berikan kepada semua. Pastikan anda mengikuti langkah yang betul untuk mengisi maklumat ini bagi memastikan anda dapat menggunakan akaun ini nanti.
Dan untuk memudahkan anda memahami langkah-langkahnya, saya telah membuat satu video ringkas mengenai cara untuk sign up akaun Astro on the Go ini. Ayuh saksikannya.
Sudah berjaya sign up? Ayuh kita meneroka apa yang best tentang Astro on the Go ini. Teruja? Saya juga teruja. Rupanya terdapat banyak rancangan serta siaran yang menarik untuk kita tonton di mana jua tak kira masa. Ternyata ini adalah satu lagi ciptaan hebat dari pihak Astro untuk kita semua.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari ke onthego.astro.com.my ataupun ke facebook rasmi Astro on the Go
Saya sudah sign up, anda pula bagaimana?