Ayuh Elakkan Pembaziran Makanan Bersama-sama

“Makan nasi tu sampai habis, kesian nasi tu menangis nanti”

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Masih ingatkah kalian ayat-ayat di atas yang diungkapkan oleh ibu bapa kita dahulu kala? Ya! Saya juga pernah melalui situasi yang sama.

Dari kecil kita dididik untuk makan dan elakkan pembaziran. Mana tidaknya, nasi mana mungkin menangis namun emosi dimainkan agar kita makan nasi tersebut sampai habis. Itulah hebatnya para ibu bapa kita dahulu mendidik kita. Namun kenapakah zaman sekarang kata-kata ibu bapa tersebut tidak kita ikut sekarang?

Mana tidaknya, dapat kita lihat pembaziran makanan banyak berlaku di mana-mana sahaja. Bila ditanya kenapa tidak habiskan makanan ada yang menjawab kenyang dan perut penuh. Oleh yang demikian kita hendaklah merancang pengambilan makanan kita mengikut kapasiti perut kita. Ada juga yang sudah menjadi tabiat untuk tidak meninggalkan pinggang kosong. Katanya makan sampai licin itu pelahap dan tak cukup makan. Bagi saya pula, biar nampak pelahap jangan membazir..

Lapar mata itu lain dengan lapar perut

Lapar mata itu lain dengan lapar perut. Lapar mata ini istilah bila apa sahaja yang mata kita tengok makanan dan kita ambil dan beli. Tapi perut kata tidak untuk menerima makanan tersebut. Itu hanya mata yang lapar bukan perut kita. Isitlah ini mak saya yang selalu guna untuk membebel kami adik beradik bila kami membazir dalam membeli makanan. Oh! nostalgik nya. Jangan biar godaan mata menghantui hidup kita seharian. Kerana dari mata itu turun ke hati. Oleh itu minda jadi tak keruan.

Sampai sekarang saya masih medengar dan pesanan bonda saya itu masih terngiang ngiang dalam benak saya. Bila mana saya pergi sahaja ke tempat makan, want I take is only want I really need. Not what I want. Pastikan apa itu keperluan dan kehendak. Ukur perut di badan sendiri!

Sebanyak 15000 tan sisa makanan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia
Sebanyak 15000 tan sisa makanan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia

Sebenarnya pembaziran makanan ini tidak hanya di tempat makan ataupun restoren sahaja. Sebenarnya pembaziran juga banyak berlaku dalam rumah kita sendiri. Pernah tak kita tengok dlam peti sejuk rumah kita, buah dan sayur yang dah berulat? Mesti pernah kan? Saya juga selalu berlaku seperti itu. Tahukanh anda yang barang dapur kita dapat dijimatkan dengan pelbagai cara?

Mari saya kongsikan dengan anda smeua cara- cara untuk memastikan tiada pembaziran berlaku dalam pembelian dan penggunaan bahan di dapur.

1. Membuat senarai semak sebelum beli.

Sebelum pergi ke pasaraya, pastikan yang kita sudah sediakan senarai barang yang perlu. Bila sampai dikedai, beli sahaja barang yang diperlukan. Tahan godaan untuk membeli barang yang tidak perlu. Kalau tergoda juga, tengok duit dalam dompet dan fikir dua kali. pasti menyesal.

2. Ambil bakul semasa membeli.

Ini adalah satu kaedah psikologi untuk mempengaruhi minda kita. Dengan menggunakan bakul, senang untuk bakul itu penuh berbanding troli. Jadi bila dah penuh konform kita akan membuat pembayaran. Cuba bayangkan kalau menggunakan troli? Pasti berganda-ganda barang diperlukan untuk memenuhkannya.

3. Periksa tarikh luput barangan sebelum membeli

Ini juga saah satu faktor pembaziran. Pernahkan anda mebeli barangan secara pukal semasa tempoh promosi? Saya juga tergoda dengan promosi yang dijalankan. Mana tidaknya beli lebih dari 1 dan dapat lebih penjimatan. Tapi sayangnya tarikh luput memang dekat. Tak sempat guna dah kena buang sebab dah luput. Membazir! Jadi periksa tarikh luput sebelum membeli dan jangan cepat tergoda dengan jualan murah. Oh! pesanan untuk diri sendiri juga.

4. Susun baarangan dengan elok di dalam peti sejuk.

Tahukah anda yang terdapat bahagian-bahagian di dalam peti sejuk untuk barangan tertentu? Ada untuk sayur, buah-buahan, daging dan sebagainya. Dengan penyimpanan barangan dengan compartment yang betul dapat memanjangkan tempoh kesegaran sesuatu barang basah. Contohnya sayur jika diletak di bahagian paling bawah dapat tahan lebih lama jika diletak di bahagan freeze. Pisang tak boleh letak dalam peti ya!

AlamFloraKLBloggers_Key09

Kesan Pembaziran Makanan

Semua tahu kalau membazir itu pastinya membawa kesan yang tidak elok. Banyak kesan sebenarnya dari pembaziran makanan yang ktia lakukan ini. Kita nampak simple, buang dalam tong sampai settle. Tapi sebenarnya tidak!

1. Pelepasan gas metana ke udara.

Tahukah anda yang setiap makanan yang kita buang akan di bawa ke pusat pelupusan sampai. Pemendapan begitu banyak sampah akan menghasilkan gas metana yang akan merewap ke udara? Kesannya gas tadi akan bertindak balas dengan ozone dan akan menipiskan lapisan ozon kita. (Nak spesifik jumpa saya, I’m graduated in this field). Penipisan lapisan ozon inilah yang akan menyebabkan bumi panas. Hah! Sekarang terbukti, ambik kau suhu kat Malaysia dah 37 darjah celcius. Bukan padang pasir pun dah nak jadi padang pasir dah suhunya.

2. Menipiskan poket 

Ya! Ini jelas sekali. Mana tidaknya barang yang kita beli menggunakan duit tiba-tiba kembalinya mereka ke tong sampah. Kalau kembalikan ke tong sampah membolehkan duit kita kembali tu tak apa la. Ini negative cash flow. Semua nak keluar je. Takde yang masuk. Jadi beli ikut perlu sahaja. Elakkan pembaziran dan duit pun jimat. Jadilah orang jimat macam Amir. eh?

3. Mewujudkan persekitaran yang tidak harmoni

Macamana tu? Tahukah anda yang sebanyak 33,000 tan sisa domestik harian dihasilkan oleh rakyat Malaysia?  15,000 tan adalah makanan. Kalau dihimpunkan kesemua ini boleh tenggelam KLCC tu tau. Inilah tabiat orang kita yang kita tidak sedari. Sampah buangan yang kita hasilkan ini mampu unutk membuatkan alam sekitar ktia ini tidak bersih dan menyebabkan bumi yang kita sayang ini penuh dengan sampah. Padahal kita sendiri yang mampu untuk elakkan benda ini berlaku. Kos pelupusan sampah semakin hari semakin meningkat. We should take action about this.

Semuanya bermula dalam diri kita sendiri

Haa, itu antara tips untuk penjimatan di rumah. Banyak lagi tips lain yang dapat dilakukan untuk mengelakkan pembaziran makanan ini. Yang penting kita ada usaha untuk mengelakkannya. Semuanya bermula dalam diri kita sendiri.

Sebenarnya pada Rabu nanti saya bersama 15 blogger yang lain kakan bersama untuk program KL Blogger Hunt bersama Alam Flora untuk menyebarkan kempen Love Food hate Waste. Ini adalah satu usaha murni yang dijalankan oleh pihak Alam Flora bagi memastikan pembuangan sisa makanan berkurangan seterusnya mengelakkan pembaziran dari berlaku.

alam flora 2

Jom bersama saya dalam memastikan kelestarian bumi kita demi kepetingan generasi akan datang .Love Food Hate Waste!

(Tekan Video Di Bawah)

 

Untuk mengikuti secara langsung perjalanan hunt itu nanti bolehlah menekan hashtag di bawah ya!

#alamflorasdnbhd

#klbloggershunt2016

#LoveFoodHateWaste

Untuk maklumat lanjut mengenai Alam Flora blehlah melalui medium di bawah.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

12 thoughts on “Ayuh Elakkan Pembaziran Makanan Bersama-sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge