April 25, 2025
Lain-Lain

Bagaimana Menulis Blog Boleh Mengubah Perilaku Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Bagi pembaca blog saya beragama Islam, selamat berpuasa diucapkan kepada anda. Semoga ibadah anda semua diberkati hendaknya.

Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua apa yang tidak pernah saya kongsikan sebelum ini. Ini diibaratkan membuka pekung di dada saya sendiri. Namun perkongsian saya ini bukanlah untuk mengaibkan saya tetapi untuk memberi inspirasi kepada anda semua. Terdetik di hati saya untuk menulis entri ini adalah kerana ramai yang bertanya kepada saya apa yang mendorong saya untuk berubah. Berubah dari segi apa?

Hidup ini cukup indah jika kita dapat mencari posisi terbaik untuk kita memandangnya. Jika jatuh dan rebah, bangkitlah semula untuk menggapai mimpi yang indah.
Hidup ini cukup indah jika kita dapat mencari posisi terbaik untuk kita memandangnya. Jika jatuh dan rebah, bangkitlah semula untuk menggapai mimpi yang indah.

Untuk makluman semua yang baru mengenali saya, saya yang kini bukanlah sama seperti yang dulu. Dulu saya seorang pendiam dan tidak banyak cakap. Jujur untuk saya katakan saya seorang yang pemalu yang teramat sangat. Ini adalah disebabkan saya menjalani alam remaja saya di asrama penuh (boarding school). Dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 saya di sana. Keadaan di sana memang lain dari dunia luar. Segala benda kami diatur dan dipaksa patuh ibarat robot. Jadi bila pulang ke kampung dan bertemu saudara mara, keadaan agak sedikit canggung ataupun ‘awkward’.

Saya pulang ke rumah setelah 2 bulan sekali. Saya bila pulang ke rumah memang akan terperap dalam bilik. Kenapa? Saya rasakan satu batu penghadang antara saya dan dunia luar. Saya pernah jumpa Penasihat Homeroom untuk bertanyakan akan hal ini. Rupanya most of my friends also face the same problem. Yes! Rupanya saya tidak keseorangan. Mungkin masalah dalaman atau psikologi  kami sebagai pelajar sekolah berasrama.

Bersama Penasihat Homeroom di zaman sekolah menengah
Bersama Penasihat Homeroom di zaman sekolah menengah

Pernah satu ketika saya berasa sungguh terkesan atau terasa hati. Ini apabila saya bercuti pulang ke kampong. Dahla asrama penuh cutinya memang jarang-jarang sekali, saya pula bila balik sahaja berkurung di dalam bilik. Sampaikan suatu hari ada saudara ayah saya datang ke rumah, saya memang akan terperap dalam bilik. Kalau keluar pun sekali sekala untuk ke dapur. Alkisahnya terserempak dengan mereka di ruang tamu, ayat yang mereka ucapkan buat saya terasa,

‘Laaa, ada kat rumah rupanya. Dah bertahun dah mak cik tak tengok kau. Pergi ke rumah pun tidak dah sekarang. Ingatkan dah memang tak nak balik dah”. Katanya.

Saya hanya mampu tersenyum sinis dan masuk kembali ke dalam bilik. Ya! Saya lelaki namun persis anak dara sudah perilakunya. Tahun demi tahun begitulah jadinya. Dari asrama penuh sampailah ke matrikulasi memang begitulah perangai. Tidak berani untuk berhadapan dengan orang awam! Kalau dengan kawan-kawan tu tiada masalah kerana memang sentiasa berjumpa.

Sampailah di alam universiti. Masih lagi kaku dan tidak pandai bersosial. Rasa memang malu bila nak mula berkawan. Awkward! Jadi saya mulakan langkah saya untuk menulis blog. Menulis blog tidak memerlukan kita bersua dengan orang. Hanya mengadap laptop dan taip. Senang betul kisahnya. Hari demi hari, makin banyak benda yang saya tulis. Bila tengok kembali entri pada awal pembabitan saya dalam berblogging ini memang senyum sendiri dibuatnya. Malu dengan cara penulisan sendiri. Namun itulah saya yang dulu. Sampai satu ketika, berblog ini tidak best kalau tidak berkomuniti. Jadi sememangnya banyak komuniti blog dalam dunia maya ketika itu. Saya mengambil peluang untuk menyertai satu komuniti ini.

Dalam komuniti blogging itu selalu mengadakan gathering dan perjumpaan bersama. Saya suka hadiri majlis-majlis sebegini. Kenapa? Sebab dalam komuniti blogger ini ramai yang macam saya. Pemalu pada dunia nyata. We share the same hobbies and the same interest. Kami minat blogging. Dari situ la saya mula ringan mulut untuk berbual dan berbicara bersama. Apa yang bestnyer bila berbual dengan komuniti blogger ni ialah mereka faham apa yang ktia sampaikan sebab mereka pun blogger. Topik yang biasa dibualkan adalah blogging, earning dan pelbagai lagi kaitan dengan blog. Sebab itu mungkin ada chemistry bersama kami.

Jadi blogger tidak hanya menaip blog. Kalau setakat menaip entri, semua orang boleh jadi blogger. Namun bagaimana untuk menjadikan blog kita outstanding lain dari yang lain. Jadi saya kena attend banyak event dan establish blog saya dengan lebih professional. Tahun demi tahun pelbagai majlis telah saya sertai. Pelbagai ragam manusia telah saya temui dan pelbagai pangkat orang telah saya jumpai. Nak cakap dengan orang kenamaan ni bukannya mudah. Perlu keberanian. Hari demi hari saya cipta semangat tersebut.

Saya selfie bersama Tengku Puan Pahang
Saya selfie bersama Tengku Puan Pahang
Bersama Menteri Komunikasi dan multimedia Malaysia
Bersama Menteri Komunikasi dan multimedia Malaysia
Selfie bersama Exco Kerajaan Negeri Terengganu
Selfie bersama Exco Kerajaan Negeri Terengganu

Bertahun sudah berlalu. Akhirnya sekarang saya akui yang saya sudah berani bercakap dikhalayak umum. Sampaikan bila bagi je microfon, sampai  3 4 jam pun belum tentu untuk saya berhenti bercakap. Bercakap sudah jadi hobi saya dah sekarang. Pernah diberi peluang oleh beberapa syarikat besar untuk hadir dalam majlis mereka. Pernah saya pergi ke Surabaya Indonesia atas jemputan Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Republik Indonesia. Bayangkan saya seorang sahaja blogger dari Malaysia ketika itu!

media

Seorang yang pemalu seperti saya juga pernah menjadi juara dalam beberapa pertandingan penulisan dan pernah juga masuk ke dalam televisyen dan akhbar tempatan. Oleh sebab itu ramai kawan saya bertanya kepada saya bagaimana saya lakukannya. Jawapan saya cukup mudah, dengan berblogging saya belajar segalanya. Di sini saya mencari potensi diri saya kerana ini adalah minat saya.

Ditemubual di dalam RTM
Ditemubual di dalam RTM

 

Didalam akhbar tempatan.

Dari seorang yang biasa-biasa, saya berjaya menjadi seorang yang luar biasa. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Bagaimana kita menjadikannya lebih menarik. Hidup ini terlalu singkat untuk mengeluh, mulakan langkah pertama dan jadilah insan yang gemilang di mata dunia.Terima kasih juga kepada semua pembaca saya yang selama ini menyokong saya. Saya kira sudah 6 tahun saya berada dalam arena penulisan blog ini.
Sebenarnya saya ingin pergi lebih jauh lagi dalam meneroka potensi diri ini. Tidak hanya berpuas hati dengan cepat. Tetapi lumrah manusia, cepat sangat berpuas hati bila mendapat sedikit kejayaan. Itu la yang menyebabkab kita malas berusaha. ‘Alaa, cukup la setakat ini. Buat apa nak lebih-lebih’. Itu mungkin antara bait-bait kata yang sentiasa diungkapkan untuk yang malas nak berusaha lebih. Saya sentiasa perbaiki diri dalam pergaulan. Belajar macamana nak bergaul, bagaimana nak memulakan perbualan, bagaimana untuk menulis dan banyak lagi. Hidup ini adalah satu perjalanan. Jangan berhenti, teruskan perjalanan. Apa jua yang berlaku angggaplah itu sekadar penguat semangat. Hanya berhenti apabila kita mati. Teringat saya akan kisah P1, bagaimana mereka bangkit dan terus bangkit.

Terima kasih juga kepada penyedia perkhidmatan internet yang terbaik kerana memberikan akses kepada saya untuk menulis. Tanpa internet memang tidak wujudlah blog saya. Nasib baik ada P1, sudahlah tanpa bayaran pendahuluan untuk mana-mana pelan, percuma pula yuran internet pada bulan pertama. Untuk pelanggan ForHome®, ForBiz® atau ToGo® yang datang dengan peranti MiFi untuk tempoh kontrak minimum 24 bulan, diskaun promosi 1 bulan akan diberikan pada bil pertama (rebat akan dikira di dalam bil). Kempen ini masih berjalan, jadi layarilah laman web untuk maklumat lanjut. Pelan-pelan P1  sememangnya sesuai untuk sesiapa yang gemar melayari internet seperti saya. Jom kita

CY1169-MYC_FB 2-BM

Teruskan perjalanan, mulakan permainan! !

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

6 thoughts on “Bagaimana Menulis Blog Boleh Mengubah Perilaku Saya

  • Tahniah! Banyak pengalaman berharga yang telah ditimba sepanjang menjadi seorang penulis blog…. Walaupun saya dah agak lama menulis blog, tapi saya jarang menyertai event-event yang dianjurkan untuk blogger…. Mungkin masa tidak mengizinkan saya… SBB2015 merupakan aktiviti untuk blogger yang kedua pernah saya hadiri…

    Reply
  • haha..

    gila kurus dulul hang nih.

    berubah habis sekarang.

    Reply
  • Pemalu pun, outlet untuk berkongsi pandangan dan idea kita melalui online, sebelum beranikan diri untuk offline.

    Reply
  • Alhamdulillah. Entri yang menginspirasikan khusus buat para penulis blog yang mungkin sudah kehilangan motivasi untuk menulis. Hihi. 🙂

    Reply
  • WoW…

    Mungkin ada seorang yang pemalu,tapi anda tak malu mengetuk potensi diri. Anda hebat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *