“Sepatutnya umur kita sekarang nih kita dah dapat membantu family kita dah. Kena kerja dan bantu keluarga”. Itulah satu rangkap perbualan saya dengan seseorang.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam hebat-hebat dan salam kejayaan. Perbualan di atas adalah antara secebis perbualan aku bersama seorang kawanku yang sedikit muda dengan aku. Mungkin persoalan tersebut tidak keluar dari mulut seorang yang masih belajar seperti kami.
Umur aku mungkin sedikit tua dari beliau namun apa yang membuatkan aku terfikir sejenak ialah bagaimana beliau boleh terfikir untuk bekerja untuk membantu keluarga sedangkan kami masih menuntut. Aku pada umur sebayanya mungkin tidak pernah terfikir lagi untuk bekerja oleh kerana sentiasa dibantu oleh keluarga dari segenap aspek. Apa sahaja yang aku mahu aku akan dapat bila diminta. Mungkin ini menyebabkan aku kurang berfikir akan pekara ini.
Zaman remaja merupkan zaman yang paling kemuncak dalam hidup ini. Bergembira, bergelak ketawa dan enjoy sepanjang masa. Namun apa yang kit fikir tidak macam orang lain fikir. Pada umur remaja, apa yang anda fikirkan? Mahu membantu keluarga atau bersuka ria bersama teman tercinta?
Semoga aku dapat membantu keluarga aku pada masa hadapan walaupun masih belum dapat membantu mereka pada masa ini.
AM: kadang-kadang orang lain mampu membuatkan kita berfikir sejenak. Lain orang lain pemikirannya. Buka minda, buka hati dan dengarlah dengan teliti.
