Salam sejahtera dan salam 1Malaysia buat anda semua para pembaca blog saya yang budiman. Ucapan selamat tahun baru juga diucapkan kepada semua. Syukur kerana kita semua berjaya melangkah ke tahun baru yang penuh mencabar. Pada hari ini ingin saya kongsikan penulisan tentang menghargai dan dihargai. Apa itu? Ayuh kita kupaskan.
MENGHARGAI
Dalam hidup ini tidak ada yang yang berlaku tanpa sebab. Semuanya ada maksud yang tersembunyi. Kelahiran kita ke dunia juga adalah bersebab. Adakah kita mahu mensia-siakan hidup kita? Semestinya tidak bukan. Terima kasih kepada ibu yang melahirkan saya ke dunia. Menzahirkan terima kasih tidak cukup sekadar dengan kata-kata.
[pullquote align=”left|center|right” textalign=”left|center|right” width=”30%”]Indahnya menghargai dan dihargai[/pullquote]
Kenapa ibu yang patut kita hargai dan berterima kasih? Lupakah kita siapa yang menyikat rambut kita di kala kita masih kecil? Menyusukan kita di kala malam menjelma. Menyuapkan makanan di saat kita lapar dan mendodoikan kita kala keletihan. Memberikan kita kasih sayang sehingga kita menjadi manusia sekarang.
Ibu adalah insan terpenting dalam diri kita. Tatkala kita menjalani pembesaran, ibulah yang akan sentiasa berada di samping kita. Kepada siapakan yang layak untuk kita mengadu pabila masalah menjelma? Kesukaran datang melanda? Hati kecil ingin merintih sayu? Insan yang sentiasa bersama kita dan merelakan jiwa untuk mendengar keluhan dan tangis hiba kita adalah ibu kita. Tidak cukupkah segala yang ibu lakukan untuk kita selama ini.
Semakin kita menjangkau dewasa, ibu pula semakin menghampiri tua. Entah bila masanya akan tiba. Hargailah segala harta yang paling bernilai ini seadaanya. Jangan biarkan jiwanya kosong dari kasih sayang kita. Kerana selama ini ibu mencurahkan segala kasih sayangnya tanpa jemu kepada kita. Sanggup pula kita membiarkan hari tuanya sepi tanpa kata-kata.
Setiap insan punya ibu. Saya juga punya ibu. Ibuku adalah insan paling berharga buat diriku. Jika dikumpulkan seluruh harta di dunia, tidak dapat ditandingi dengan nilai kasih sayang seorang ibu. Untuk makluman, bulan depan adalah ulangtahun ke 54 ibuku. jadi alangkah indahnya jika dapat sebuah telefon untuk dihadiahkan kepadanya. Rindu akan belai manja ibu, rindu masakan ibu, rindu segala-galanya tentangmu duhai ibu.
SARIPAH BT YUSOFF itu ibuku. Peneman kala sepiku, penguat kala lemahku, dan pemujuk kala sedihku. Buat pembaca semua yang masih punya ibu, luangkan sejenak masa untuk menghubungi ibu. Bagi yang berada sekarang bersama ibu, ucaplah terima kasihmu kepadanya kerana perit jerihnya untukmu. Bagi yang jauh darinya luangkan masa untuk melawatnya, luangkan juga masa untuk menghubunginya. Dengan DiGi, segala yang jauh bisa didekatkan. yang renggang dieratkan. Sentiasa bersamamu..
DIHARGAI
Alangkah gembiranya hidup jika ada yang menghargai kita. Semestinya kita akan rasa dihargai. Untuk menghargai semua pelangganya setianya, DiGi sedang mengadakan Jualan Akhir Tahun. Ayuh semua teman-teman pembaca sekalian untuk bersama-sama turut serta dalam jualan yang menarik ini.
Dengan DiGi, kita akan dapat telefon pintar, tablet dan modem/mifi dengan PERCUMA. WHAT? Percuma? mana ada yang percuma dalam dunia sekarang ni kan? Namun itulah salah satu cara DiGi menghargai semua para pendukungnya selama ini. Berasa dihargai bukan?
Saya juga merupakan salah satu penyokong setia DiGi. Sejak dari dulu lagi. Bahkan dengan menggunakan rebat RM200 dari SKMM, saya menggunakannya untuk bersama DiGi.. Always the Smarter Choice. Untuk maklumat lanjut klik di sini
Pelbagai pilihan telefon pintar percuma untuk dipilih oleh kita semua. Samsung Galaxy S4, Samsung Galaxy Ace, Samsung Galaxy Note II dan banyak lagi pilihan menarik untuk direbut oleh semua. Bukan hanya telefon percuma, bahkan panggilan serta internet percuma juga diberikan.
Tablet juga tidak terkecuali untuk kita semua.
Modem dan MiFi juga ada yang percuma untuk anda
JIka sebelum ini kita punyai alasan bahawasanya terdapat kekangan dalam menghubungi insan tersayang, kini tidak lagi dengan DiGi Year End Sale. hadiahkan juga telefon pintar ini kepada insan tersayang anda agar semua bisa menghubungi antara satu sama lain. Peluang terhidang depan mata, cuma kita mahu mengambilnya atau tidak.
Gunakan kesempatan Digi Year End Sale, Free smartphone, free table, free call and free internet ini untuk menghubungi ibu anda dan menyampaikan ucapan terima kasih anda kepada mereka.
Terima kasih DiGi dan terima kasih kepada semua.
AM: Menghargai dan dihargai itu indah bukan?