Beraya Bersama Kawan-kawan MRSM Jeli

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua. apa khabar kalian? Masih dalam mood raya? Saya juga banyak menerima jemputan rumah terbuka ni. Masih mncari masa yang sesuai untuk memenuhi undangan tersebut. Apepun memang meriah kalau dapat pergi rumah terbuka nih. Dapat berjumpa rakan-rakan yang telah lama tak jumpa.

Apepun pada hari raya ke-3 yang lepas, saya berpeluang memenuhi rumah terbuka seorang kawan, adik-beradik homeroom mungkin. Memang saya tidak melepaskan peluang kerana dengan memenuhi undangan ini dapat saya berjumpa kawan kawan lama yang belajar sekali di MRSM dulu. Sudah semakin BESAR semuanya. Dan ada juga yang tidak besar-besar.

Apepun terima kasih atas jemputan. Dapat jugak berjumpa kawan-kawan yang ada 5 tahun tak berjumpa langsung lepas SPM hari tuh! Dasyat bukan? Tapi itu la, Masing-masing ada kerja tersendiri. Masa raya sebegini la untuk bersua muka.

Apepun jumpa lagi tahun hadapan. Salam sayang dari saya yang jauh diperantauan.. Ewahh! Tahun depan pakat bawak anak bini pulak semua. hehe

IMG-20130817-WA0003 IMG-20130817-WA0004 IMG-20130817-WA0005 IMG-20130817-WA0006 IMG-20130817-WA0007 IMG-20130817-WA0008 IMG-20130817-WA0009 IMG-20130817-WA0000 IMG-20130817-WA0001 IMG-20130817-WA0002

AM: I miss you guys! See you all again 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

14 thoughts on “Beraya Bersama Kawan-kawan MRSM Jeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge