Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai GST.
Sekarang sibuk di dalam media massa mengenai GST ini. Iklan mengenai kesedaran umum dan apa itu GST kerap kali ditayangkan. Setiap kali iklan sahaja mesti ada iklan pasal GST ini. Namun betul ke ada barangan yang memang tidak akan naik harga dan akan ada yang turun?
Itu persoalan utama. Sebab apa saya berkta sebegitu adalah kerana GST secara rasminya akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015, tetapi kebanyakkan premis perniagaan sekarang sudah melaksanakan sistem ini. Mana tidaknya banyak kedai yang saya pergi sudah mula menaikkan harga barangan mereka.
Tadi saya pergi ke kedai barangan RM5. Mungkin semua kenal kedai barangan ini. Namun tahukah anda harga barang semua telah naik menjadi RM5.30. Eh? Memang la dalam resit pembelian tu tiada dia letak GST 6%, tapi memang dia dah tibai dulu dengan menaikkan harga barang. Oh! Licik bukan?
Jadi persoalannya sekarang, barang ape je yang tak naik harga ni? Dengar kata pampers, seluar dalam, dan sebagainya.. Tapi betul ke? Anda yakin? hahaha. Ayam goreng aku pun dah naik harga weh! Uncle Jack dah naik harga!
Apapun untuk sebarang makluman mengenai sistem GST ini bolehlah menlayari laman web Kastam Diraja Malaysia di www.customs.gov.my
AM; Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku sendiri ya. Bukan disponser mana-mana pihak..hahaha