Site icon AMIRNAWAWI

Beza Dropship dan Affiliated – Mana Lagi Best?

Beza Dropship dan Affiliated |  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Dropship dan Affiliated – Mana Lagi Best?

Jika sebelum ini saya telah berkongsi mengenai apa itu affiliated, kali ini kita akan bercerita sedikit sebanyak dengan anda mengenai dropship pula. Antara kedua ini, mana lagi best untuk disertai?

Apa itu Dropship?

Drop shipping is a streamlined form of retail business wherein the seller accepts customer orders but does not keep goods sold in stock. ” – Wikipedia

Baiklah secara ringkasnya, dropship adalah keadaan di mana anda tidak menyimpan sebarang stok namun anda menerima pesanan (order) dari pelanggan dan seterusnya memberikan maklumat dan bayaran tertentu kepada pihak lain untuk menghantar barangan yang dipesan itu tadi.

Mudahnya, orang order dengan anda, anda pula order dengan orang lain pula bersama maklumat pelanggan anda tadi. Anda tak perlu simpan stok barang. Hanya perlu cari pelanggan sahaja.

Bagaimana Dropship Dibayar?

Anda akan mendapat bayaran daripada pelanggan anda berdasarkan harga yang telah anda tetapkan. Sebagai contoh anda menjual sehelai baju pada harga RM200. Namun pada asalnya pihak pembekal menjual pada harga RM160 pada dropship mereka. Di sini anda akan mendapat RM40 sebagai untung anda.

Harga dropship juga telah ditetapkan oleh pihak pembekal kepada dropship mereka. Biasanya harga jualan bagi setiap dropship ini telah ditetapkan oleh pihak stokis ataupun pembekal. Ini bagi memastikan tiada pihak yang kill market ataupun merosakkan harga pasaran.

Kebaikkan Dropship

Kebaikkan bagi dropship ini adalah anda tidak perlu memegang sebarang stok pada anda. Anda tidak perlu takut akan kerugian kerana tiada stok pun pada anda. Jika jualan tidak laku sekalipun, tiada modal yang anda keluarkan.

Selain itu juga, anda tidak perlu untuk membuat sebarang pengeposan ataupun penyediaan bahan. Hanya perlu berikan maklumat pelanggan kepada pembekal, mereka akan uruskan semuanya. anda hanya perlu menjual dan mereka akan uruskan semua. Anda hanya menikmati pulangan dari jualan anda.

Anda bolehlah beriklan di mana sahaja. Secara dalam talian ataupun secara bersemuka. Ambil bayaran daripada pelanggan dan juga maklumat untuk pengeposan, berikan bayaran harga dropship kepada pembekal berserta maklumat dan selesai.

Beza Dropship dan Affiliated

Jadi sekarang anda sudah faham bukan apa itu dropship dan juga affiliated? Kesemuanya tidak memerlukan anda untuk menyimpan sebarang stok pada anda. Anda hanya perlu beriklan sahaja dan dapatkan pelanggan. Anda dibayar berdasarkan pelanggan yang anda dapat.

Namun anda dapat faham tak sebarang perbezaan antara keduanya ini?

Bagi affiliated, anda hanya perlu mempromosikan atau beriklan melalui link yang disediakan sahaja. Dapatkan pelanggan untuk klik link tersebut dan membuat pembelian dan selesai. Namun bagi dropship pula, anda dikehendaki untuk mendapatkan bayaran dan maklumat pengeposan daripada pelanggan dan memberikan maklumat dan bayaran tersebut kepada pembekal.

Nampak tak? Dropship ini lagi banyak kerja dari affiliated. Affiliated share link dan selesai. Bagi dropship pula kita kena berurusan langsung dengan pelanggan tersebut. Jadi ada kerja tambahan yang perlu untuk dilakukan.

Jadi yang mana lagi menarik?

Seperti entri yang sebelumnya, saya lebih suka kepada affiliated kerana kurang kerja yang perlu dilakukan. Namun dropship tidak kurang hebatnya. Dahulu pun saya menanggung yuran pengajian saya dari dropship lah 🙂

Dedua pun bagus. Zaman sekarang, apa yang boleh buat duit, kita teruskan. Asalkan Halal.

amirnawawi
Exit mobile version