April 16, 2024
Hal-hal Semasa

Roller Coaster Boboiboy Galaxy Cactus dan Teater Hantu Kak Limah Bakal Bertemu Anda Musim Cuti Sekolah Ini Di MAPS Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan berita gembira sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti.

Untuk makluman anda semua, MAPS Perak bakal melancarkan tarikan terbaru mereka iaitu roller coaster Boboiboy Galaxy Cactus. Ini bakal menambahkan lagi tarikan yang sedia ada di dalam taman tema tersebut.

Saya sendiri sudah beberapa kali ke MAPS dan sememangnya menarik perhatian saya. Mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak saya. Menyerlahkan segala jiwa anak-anak dalam diri saya yang sudah remaja purba ini.

Saya yakin, buat anda semua yang berkunjung ke MAPS ini bakal memberikan pengalaman yang berbeza. Tidak hanya kepada anak-anak, namun kepada ibu bapa juga. Taman tema ini bukan hanya khusus untuk kanak-kanak, namun orang dewasa juga bisa enjoy di dalam MAPS ini.

Ahli lembaga pengarah MAPS Ramelle Ramli

Selain itu, dengan pembukaan roller coaster Boboiboy Galaxy Cactus ini, para pengunjung turut berpeluang membeli barangan ekslusif boboiboy di kedai cederamata Boboiboy Collectable.

Tidak hanya dengan itu sahaja, para pengujung juga boleh menikmati hidangan yang terdapat di dalam taman tema ini yang menyediakan 20 pilihan buffet buat pengunjung.

Yang paling istimewanya, para pengunjung dapat berpeluang untuk beramah mesra dengan mascot Boboiboy Galaxy yang akan berada di dalam taman tema ini.

Tidak hanya dengan itu,  terdapat juga tarikan lain yang patut anda cuba. Trilogy Illusion adalah salah satu antaranya. Trilogy Illusion ini merupakan sebuah ilusi optic yang bakal menarik perhatian pengunjung. Ianya merupakan sebuah kolaburasi bersama Trilogy Magic Factory.

Antara persembahan yang paling saya suka di MAPS

Menerusi Dream Box pula, pengunjung berpeluang memenangi hadiah cenderahati bernilai RM500, pengalaman lagak ngeri, baucer makanan bernilai RM300 serta penginapan di Hotel Casuarina.

Selain itu juga, MAPS Perak bakal membawakan teater Muzikal Hantu Kak Limah bermula dari 24 hingga 31 Disember 2018. Ini merupakan julung-julung kalinya teater Hantu Kak Limah ini diadakan. Dan ianya diadakan di MAPS Perak ini.

Watak utama bagi teater ini, iaitu Delimawati turut teruja untuk mementaskan teater ini memandangkan ianya dipentaskan di negeri kelahirannya sendiri iaitu Perak. Delimawati merupakan teraju utama yang membawakan watak Hantu Kak Limah itu sendiri. Tanpa beliau, tiadalah Hantu Kak Limah yang popular itu.

Mamat Khalid, selaku Pengarah Teater Hantu Kak Limah

Teater ini bakal dipersembahkan sebanyak 2 kali sehari di Teater, MAPS. Ianya diadaptasi dari filem box office Malaysia, Hantu kak Limah itu sendiri. Namun kali ini bakal disajikan dengan nyanyian yang hebat dan menarik,. Dah nama pun muzikal kan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAPS, bolehlah layari mana-mana medium seperti di bawah:

Website: www.mapsperak.com

Facebook: www.facebook.com/mapsperak

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *