April 20, 2024
Food

Bufet Ramadan Di Sunway Putra Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai bufet Ramadan yang disediakan di Sunway Putra Hotel.

Setiap hotel menyediakan bufet Ramadan mengikut tema mereka sendiri. Tidak terkecuali pihak Sunway Putra Hotel (SPH) juga. Dengan bertemakan ‘Dari Dapur Ummi’ sepastinya masakan yang disediakan oleh para chef dari SPH ini diilhamkan oleh ibu masing-masing.

Wah! Seperti berada di dapur rumah sahaja masakannya. Manakan tidak, kalau kesemua masakan ini asli diaspirasi dari masakan ibu masing-masing. Pastinya keaslian masakan Melayu itu dapat dirasai dalam sajian yang dihidangkan di sini. Ayuh kita saksikan beberapa gambar sajian yang bakal disajikan bulan Ramadan ini.

SPH sph2

Antara seleksi bahan untuk sup pilihan anda. Ada daging lembu, ayam, kambing, perut dan sebagainya.
sph3 sph4

sph16

Ini pula antara seleksi salad dan juga kerabu untuk dinikmati. Wah! pelbagai jenis kerabu dihidangkan untuk anda. Jadi cuba try kesemua kerabu ini sendiri. Pasti perut anda ketawa girang.

sph7 sph8 sph6

Di atas pula sajian yang lazim untuk kita makan. Namun sentuhan asli chef menjadikan ianya lebih istimewa untuk dinikmati. Nasi idak terkecuali untuk dihidang sebagai makanan utama. Kita orang Malaysia ini tidak terlepas dari nasi dan lauk pauk yang lain. Jom kita saksikan pula hidangan lain.

sph11 sph12 sph9

Sushi diolah dengan memasukan elemen kemelayuan dengan disediakan bersama rendang dan pelbagai lagi. Wah! menarik ini untuk dicuba. Jepun + Melayu, kita rasa apa yang berlaku. Oh! Celup-celup juga tidak terkecuali. Ia seakan stimboat untuk yang mana minat makanan sebegini.

sph15 sph14 sph13

Ini pula antara pencuci mulut yang disediakan. Banyak lagi sebenarnya. Ada yang fusion dan tak lupa juga yang tradisional Melayu seperti pisang goreng, cekodok, dan pelbagai lagi. Oh! Lompat tikam dan kuih biji nangka pun ada juga.

sph10

Air pula terdapat pelbagai jenis disediakan. Bila dihidang sebegini, terasa seperti membeli di bazar Ramadan pulak rasanya.sph5

Tidak lengkap bula pusa tanpa santapan buah kurma. Sunat katanya berbuka dengan buah tamar ini. Jdi SPH tidak ketinggalan menyediakannya untuk para tetamu yang menjamu selera di sini.

‘Dari Dapur Ummi’ Buffet
6th June 2016 – 21st June 2016 (sold out)
22nd June 2016 – 4th July 2016 (available)
6.00pm – 10.30pm
RM 138 nett dewasa
RM   69 nett kanak-kanak (5-12 years old)

Jadi buat sesiapa yang ingin berbuka puasa di sini bolehlah berbuat demikian. Untuk sebarang tempahan bolehlah menghubungi salah satu medium di bawah:

Telefon: +6 03 40409888

Email: dinesph@sunwayhotels.com

Facebook: www.fb.com/sunwayputrahotelkl

Intagram: @sunwayputrahotel

Website: http://putra.sunwayhotels.com

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *