Site icon AMIRNAWAWI

Menjamu Selera di Chakri Palace

Assalmualaikum dan salam sjeahtera buat semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah memandangkan bulan puasa sudah hampir tiba hari ini saya ingin kongsikan dengan ada semua mengenai sesuatu yang mungkin menarik selera anda untuk mencubanya. Tempat yang dimaksudkan ialah Chakri Palace, Royal Thai Cuisine.

Bagi para penggemar makanan thai bolehlah bertandang ke sini kerana terdapat pelbagai juadah yang disediakan di sini untuk memuaskan selera makan anda. Bukan hanya resepi tradisional Thai sahaja yang ada namun resepi diraja juga turut tersedia. Sesuai la dengan taglinenya Royal Thai Cuisine kan?

Baiklah sekarang saya ingin kongsikan dengan anda semua beberapa foto yang mungkin membangkitkan selera anda. Saksikan…

Dan buat anda semua yang ingin berbuka puasa di Chakri Palace ini bolehlah rujuk helaian di bawah kerana harga bagi setiap cawangan adalah berbeza. Pastikan anda buat tempahan dahulu kerana ianya adalah terhad!

Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tempat ini bolehlah melayari

www.chakri.com.my

IMPERIAL CHAKRI PALACE SURIA KLCC
Lot 417B, Level 4, Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur
Tel : 03-2382 7788
Fax : 03-23820269

CHAKRI PALACE PAVILION
Level 4 Connrction, Pavilion KL
55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-21431141
Fax :03-21441141
E-mail : cp.pavilion@chakri.com.my

CHAKRI EXPRESS
Lot G85, Ground Floor, Alamanda Shopping Centre
Jalan Alamanda, Precint 1, 62000 Putrajaya
Tel : 03-8890 1616
Fax : 03-8890 1717

AM: Tomyam dia best. Wajib coba.

P/S: Restoren ini masih belum mempunyai sijil halal JAKIM

Exit mobile version