Site icon AMIRNAWAWI

Cara Pergi ke Hatyai Menggunakan Keretapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca blog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua pengalaman saya menaiki kereta api ke Hatyai baru-baru ini.

Saya dalam ETS. Lenggang masa nak sampai Padang Besar

Untuk makluman semua, saya telah pergi secara keseorangan dengan menggunakan kereta api atau lebih disapa mesra dengan panggilan ETS.. hahaha. Memang dari dulu saya bercadang untuk ke Hatyai dengan menggunakan kereta api sebab tengok macam best je guna kereta api dalam filem Bollywood tu.

Dalam ETS

Namun semua itu hampa sebab keretapi kita yang jenis lama tu tak digunakan dah untuk ke Padang Besar sebabnya semua dah guna ETS. Naik ETS ni moden sangat. Kereta api laju la katakan. Feel dia tak sama tau macam naik kereta api yang lama tu. Saya teringin nak naik yang lama tu. Ala yang Senandung Malam tu. Tapi itu dah ditamatkan perkhidmatannya bermula Mei lepas.

Kecewa weh! Nak feel dari keretapi tradisional tu. Dahla tiket ETS mahal gile. Memang la cepat tapi mahal kot. Dulu tiket direct to Hatyai dalam RM65 dah boleh dapat yang tidur tu. Ni ETS, RM80 baru sampai Padang Besar. Dalam 5 jam memang dah boleh sampai la.

Kalau kau naik pagi pukul 6.58 pagi kat KL Sentral, dalam pukul 12 lebih dah sampai Padang Besar. Tapi kat sini kau boleh naik keretapi Thai pulak. Yang ini paling koman pun pukul 3.45 petang baru bertolak. Atau dalam pukul 2.45petang waktu Thai (kat sana sejam lewat dari kita kat Malaysia ini). So menunggu la kau dalam 3 jam lebih.

Suasana dalam tren Thai. Klasik

Yang naik keretapi Thai ni feel dia best. Ni baru keretapi tradisional. Sepanjang jalan dok bunyi hon sebab nak kasi amaran kat penduduk kampung yang keretapi tengah bergerak. Best kot. Satu pengalaman baru bagi aku. Ala, sejam lebih pun dah sampai Hatyai. Kejap je weh. Tiket pulak THB80 atau kau boleh je bayar RM10 kat penjual tiket tu. Dia terima je.

So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80+RM10= RM90. Mahal la jugak kan?

Tiket tren Thai

Tapi kalau nak lagi murah ada cara dia weh! Kau pergi je pakai bas.  9 jam je perjalanan dari KL ke sana. Dah la tiket RM65 je dari TBS. Kau boleh je beli tiket kat TBS tu kalau nak ke sana. Aku lepas kena pengalaman tu, terus aku beli tiket balik pakai bas.

Aku punya THB550 je. Lebih kurang RM65 duit kita dari sana. Siap dapat cover insurans perjalanan lagi. Bas pun selesa. Ada selimut dan kasi air lagi. Berhenti pun banyak kali jugak. So don’t worry la kalau nak kencing ke apape ke. Oh! Ianya syarikat bas dari Malaysia ya. KKKL ke amende ntah nama dia.

So konklusinya:

Train, 5 jam (ETS), tunggu train (3 jam), train Thai (1jam)= 9 jam, RM90

Bas = 9 jam, RM65

Anda sendiri la tentukan ya…

Selamat berjimba.. Aku pergi backpackers je..

AM: Nak try dari Hatyai ke Bangkok pulak. RM100 lebih untuk trip 16 jam. Ada tempat tidur. 

Exit mobile version