April 19, 2024
Hal-hal Semasa

Daftar Vaksin Covid-19 Malaysia – How and Why?

Daftar Vaksin Covid-19 Malaysia | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah, dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Cara Daftar Vaksin Covid-19 Malaysia.

Sudah lebih setahun wabak Covid-19 melanda dunia. Negara kita juga tidak terkecuali diserang virus ini. Memang susah dan ramai yang terkesan. Saya juga tidak terkecuali. Sudah berapa lama saya tidak mempunyai pekerjaan dan mengganggur. Harapkan kerja yang tidak seberapa. Diharapkan agar pandemik ini segera berlalu dan kita dapat menjalani hidup seperti sebelumnya.

Daftar Vaksin Covid-19
Program Vaksinasi

Untuk makluman semua, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi penerima pertama vaksin Pfizer, diikuti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr noor Hisham Abdullah & seterusnya petugas kesihatan.

Vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, anggota kesihatan serta keselamatan bermula bulan ini sehingga April sebelum dibuka kepada roang ramai.

Seterusnya, ianya akan dibuka kepada golongan berusia 60 tahun ke atas, orang kelainan upaya (OKU), morbiditi (April-Ogos) dan golongan berusia 18 tahun ke atas bermula Mei hingga Februari 2022. Ini adalah dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 3 fasa.

Daftar Vaksin Covid-19

Golongan dewasa berumur 18 tahun ke-atas digalakkan untuk mendaftar bermula Mac 2021. Dan dimaklumkan adalah pendaftaran ini adalah secara sukarela. Jika anda telah mendaftar bermakna anda telah bersetuju untuk mendapatkan vaksin ini.

Kenapa 18 tahun ke atas sahaja? Bawah 18 tahun macamana pula?

Menurut ciapan twitter YB Menteri Sains , Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kanak-kanak dibawah 18 tahun tidak divaksin setakat ini kerana tiada clinical trials yang dilaksanakan terhadap kanak-kanak.

Cara Daftar Vaksin Covid-19

1. Menerusi Aplikasi MySejahtera

2. Menerusi laman sesawang Jawatankuasa Khas Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19-JKJAV yang akan diumumkan Perdana Menteri (akan dikemaskini kemudian)

3. Talian hotline (akan dikemaskini kemudian)

4. Pendaftaran di klinik& hospital awam serta swasta

5. MOSTI akan bekerjasama dengan kerajaan negeri akan daftar penerima vaksin kawasan pendalaman termasuk warga emas.

Kenapa Perlu Daftar Vaksin Covid-19?

Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlunya untuk mendaftar sebagai penerima vaksin ini. Mengapa tidak didaftarkan secara automatik menerusi data yang diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara. Bukankah vaksin ini untuk seluruh rakyat Malaysia?

Menurut YB KJ, ini adalah kerana tiada negara di dunia yang memaksa untuk penerimaan vaksin termasuk WHO sendiri. Penerimaan vaksin adalah atas kesedaran sendiri bukannya dari paksaan.

Selain itu juga, rakyat perlu mendaftar kerana untuk mengelakkan berlakunya kesesakan di pusat kesihatan. Dari pendaftaran ini juga kerajaan akan meneliti bilangan vaksin yang perlu di hantar ke satu-satu kawasan. Ini adalah untuk memudahkan proses lojistik penghantaran vaksin.

Jadi bagaimana? Jelas tentang cara pendaftaran untuk vaksin Covid-19 ini? Semoga kita semua dapat mendaftar untuk mendapatkan vaksin ini nanti.

Semoga keadaan kembali normal. Susahnya hidup jika keadaan berlarutan.

amirnawawi

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

2 thoughts on “Daftar Vaksin Covid-19 Malaysia – How and Why?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *