AMIRNAWAWI

Daftar Vaksin MySejahtera – Jom Mendaftar

Daftar Vaksin MySejahtera | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk mendaftar vaksin melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk makluman semua, vaksin pertama Malaysia telahpun tiba. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi penerima pertama vaksin Pfizer, diikuti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah & seterusnya petugas kesihatan.

Vaksin akan diberikan kepada petugas barisan hadapan, anggota kesihatan serta keselamatan bermula bulan ini sehingga April sebelum dibuka kepada orang ramai.

Seterusnya, ianya akan dibuka kepada golongan berusia 60 tahun ke atas, orang kelainan upaya (OKU), morbiditi (April-Ogos) dan golongan berusia 18 tahun ke atas bermula Mei hingga Februari 2022. Ini adalah dibawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan 3 fasa.

Daftar Vaksin MySejahtera.

Baiklah saya yakin semua antara kita mempunyai aplikasi MySejahtera di dalam telefon maisng-masing bukan? Mana tidaknya ia merupakan antara keperluan di Malaysia sekarang untuk memantau pergerakkan keluar masuk dalam sesuatu premis.

Nak masuk kedai kena scan, nak masuk masjid kena scan, masuk hospital pun kena scan. Jadi semua tempatlah sekarang ni kena scan.

Jom kita lihat bagaimana cara untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera ini.

1. Sila kemaskini aplikasi MySejahtera anda kepada versi yang paling terkini.

Kemaskini kepada versi yang terkini

2. Tekan pada bahagian COVID-19 Vaccination

3. Isi segala maklumat yang diperlukan.
Name: Nama mengikut kad pengenalan
IC/Passport No : Nombor kad pengenalan
MySJ ID: Nombor telefon yang anda daftar MySejahtera

4. Setelah semunya diisi. Tekan Confirm dan selesai

Selesai. Tunggu sahaja maklumbalas seterusnya dari pihak KKM berkenaan permohonan anda.

Jadi anda sudah mendaftar ataupun belum? Jika belum, jom kita mendaftar bersama-sama agar kita dapat menerima vaksin seterusnya dapat mewujudkan komuniti yang bebas Covid-19 ini.

Jom kita mendaftar sebagai penerima vaksin ini. Klik di sini untuk membaca entri berkaitan pendaftaran vaksin.

Kredit gambar: Twitter

Exit mobile version