Dato AC Mizal Kini Bersama Pollo Mendi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kerjasama Dato AC Mizal bersama Pollo Mendi.

Semua sudah sedia maklum akan nama Dato AC Mizal. Beliau dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai seorang penghibur yang versatil. Lebih 30 tahun beliau telah berada dalam industri seni dan namanya sudah dikenali oleh semua peringkat umur. Oleh yang demikian, pihak Pollo Mendi telah mengikat Dato AC Mizal utnuk bersama mereka dalam memperluaskan rangkaian jenama mereka.

Pollo Mendi pula merupakan pengendali restoren penyedia makanan Arab dan Itali bersama beberapa menu khas makanan terbaik Malaysia. Konsep gabungan unik ini adalah bertujuan untuk memberi variasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana yang selesa dan ekslusif. Ianya telah beroperasi sejak 2015.

”Disamping menyajikan makanan “fine cuisine” yang sedap dan halal, tujuan penubuhan Pollo Mendi ini adalah untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagan restoran mewah yang mampu milik”.

“Pollo Mendi merupakan hasil kaji selidik yang telah dilakukan keatas restoran-restoran mewah yang kebanyakkannya adalah terlalu mahal untuk dimiliki oleh golongan bumiputera”

-Encik Mohd Fadzil | Pengasas Pollo Mendi

 

Antara kelebihan tambahan Pollo Mendi  ialah semua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh “Central Kitchen” sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil halal demi menjaga rasa dan kualiti makanan itu sendiri. Konsep ini akan memudahkan rakan niaga kerana mereka tidak perlu menghabiskan masa untuk kepasar atau memasak barang mentah yang banyak. Dapur sentral ini menggunakan teknologi “Blast Freeze” dan “Blast Chill” bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.

Dengan bantuan Dato AC Mizal yang mempunyai pengaruh dalam pemasaran dan penjenamaan, Pollo Mendi akan berupaya berkembang dengan lebih baik. Dato AC Mizal kini mempunyai sebanyak 1.1 juta follower di Instagram dan mempunyai hubungan yang rapat dengan nama-nama terkenal di Malaysia.

“Faktor utama yang membuatkan saya bersetuju untuk menjadi rakan kongsi ialah kerana makanannya semua sedap dan halal. Faktor kedua adalah menyokong tujuan utama Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik yang mempunyai sistem operasi yang tersusun”.

Sebagai Pengarah Pemasaran di Pollo Mendi tugas utama saya ialah bagi memastikan restoran Pollo Mendi ini akan mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun. Disamping itu kita juga akan melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE iaitu makanan berasakan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan. Ini adalah salah satu inisiatif kita bagi membantu masyrakat diluar sana yang ingin mencari pendapatan sampingan.

Selain unik dari segi mengetengahkan variasi makanan Arab dan Itali, keunikan perniagaan Pollo Mendi ini juga adalah pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak terlibat dalam urusan harian dimana ianya akan di tadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri.

Untuk makluman lanjut berkenaan peluang-peluang perniagaan bersama Pollo Mendi dan Eeman RTE sila hubungi Encik Fazli di talian 019-271 8445

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge