Debaran AJL34 Kian Terasa. Siapakah Bakal Juara?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34).

Anugerah yang berprestij yang ditunggu-tunggu saban tahun ini mengumpulkan lagu-lagu yang hebat untuk dipertandingkan. Pada tahun ini, AJL34 ini bakal berlangsung pada 9 Februari di Axiata Arena.

Apa yang pasti, 12 Finalis Anugerah Juara Lagu ke 34 (AJL34) berdebar menanti malam bersejarah yang bakal menobatkan lagu terbaik.

Penyanyi Aina Abdul mengakui berdebar menanti malam pertandingan itu nanti.

Aina Abdul

“Saya berdebar dan sebenarnya takut. Saya banyak buat latihan misalnya menonton cara penyanyi senior seperti Dayang Nurfaizah dalam nyanyian.

“Ini adalah pengalaman pertama saya bertanding di pentas besar seperti AJL” ujarnya.

Aina ditemui selepas Showcase AJL34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana baru-baru ini.

Aina bakal mempertandingkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri.

AJL34 yang bakal berlangsung pada 9 Februari ini, 9 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil mengetengahkan tema ‘Warna-Warna Suara’.

Sementara itu, penyanyi lagu Sumpah, Naim Daniel turut meluahkan rasa gementar dan sedang membuat persiapan terakhir.

Naem Daniel

“Tipulah kalau saya kata tidak takut. Saya mahu rehat dan tidak menerima undangan persembahan terlalu banyak selepas ini. Ini pertama kali saya bergelar finalis AJL jadi saya mahu all out.

“Saya mahu penonton yang datang menyaksikan persembahan secara langsung dan juga yang tengok di rumah pada hari itu dapat menjiwai apa yang saya bakal sampaikan,” katanya.

Hafiz Suip

Selain Naim dan Aina, 10 finalis lain bertanding adalah Drama Band (Drama), Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama & The Penglipurlara (Peneman), Aina Abdul (Sumpah), dan Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita).

Haqiem Rusli

Tidak ketinggalan, Ernie Zakri dengan Ku Bersuara, Bob Yusof (Anta Permana); Fairuz Misran (Ragaman) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian) dan Aman RA (Bangun).

Sementara itu, peminat masih berpeluang membeli tiket tempat duduk aras empat berharga RM30.

TV3 dalam kenyataan menyebut, penjualan tiket rancak pada Showcase AJL34 di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu.

Jadi, jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 34 pada Ahad ini di TV3.

Pada pendapat kalian, siapakah juaranya?

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge