Site icon AMIRNAWAWI

Demeter Fragrance Library Kini di Watsons

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai wangian berjenama Demeter Fragrance Library.

Demeter Fragrance Library

Untuk makluman semua, Demeter Fragrance Library merupakan jenama wangian yang berasal dari Korea. Ianya merupakan salah satu jenama wangian yang amat terkenal di sana. Demeter Fragrance Library juga dieksport ke lebih 20 buah negara di seluruh dunia setakat ini. Ianya juga berada di lebih 350 outlet di serata Asia Pasific termasuk Hong Kong, Taiwan, Thailand dan juga negara kita, Malaysia. 

Antara seleksi wangian Demeter Fragrance Library

Demeter Fragrance Library menawarkan 6 bauan klasik seperti White Musk, Icelandic Aurora, Baby Powder dan pelbagai lagi bauan yang boleh didapati di Watsons. 

White Musk
Sweet Baby
Crystal Rose
Icelandic Aurora

Selain itu juga, terdapat 4 wangian ekslusif yang khusus dicipta untuk kita rakyat Malaysia. Ia dinamakan sebagai The City Version. Ia diinspirasikan oleh kepelbagaian yang terdapat dalam negara kita dengan mengambil nama-nama bandar yang ikonic di seluruh negara untuk diabadikan sebagai nama wangian ini. Ianya adalah Penang, Melaka, Ipoh dan juga Kuala Lumpur. 

Melaka
Penang
Ipoh
Kuala Lumpur

Yang menariknya, wangian-wangian ini juga digunakan oleh para selebriti dari Korea dan Hollywood ok!

Cipta Wangian Sendiri

Saya cukup bertuah kerana dapat hadiah ke majlis pelancaran wangian ini tempoh hari. Apa yang lebih menariknya, pada majlis tersebut, saya telah diberi peluang untuk mencipta wangian saya tersendiri. Mana tidaknya, setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri. Jadi jika kita buat wangian mengikut citarasa sendiri, pastinya hasil yang tercipta memang sesuai untuk diri sendiri.

Menyukat bahan asas wangian
Mencampurkan wangian asas

Saya diajar untuk mencampurkan bahan-bahan untuk mencipta wangian saya sendiri menggunakan prinsip asas campuran Demeter Fragrance Library. Ianya cukup rumit namun menarik. Pertama sekali, saya perlu untuk menghidu bau-bauan asas dan pilih wangian mana yang saya ingin gunakan.

Saya telah memilih wangian Sweet Kiss, Peach & Apricot dan juga Puzzy Navel. Campuran pati wangian ini disukat mengikut nisbah yang saya inginkan dan jadilah wangian saya sendiri. Saya namakan wangian ini sebagai Sweet Dream.

Saya bersama Sweet Dream

Wangian ini cukup kena dengan karakter saya yang agak manis dan lasak. Pastinya ia lebih membangkitkan mood saya yang memakainya. Saya juga  memakai wangian ini sebelum tidur untuk tidur yang lebih lena dan nyenyak. Syukur, ianya dapat menenangkan fikiran saya dalam separa sedar dan juga memberikan tidur yang lebih berkualiti. Ya, dah memang saya cipta wangian untuk tidur, pastinya ia sesuai dengan apa yang saya inginkan.

Dengan menggunakan wangian, otak kita dapat menangkap segala memori yang tercipta. Oleh yang demikian, pihak Watson berharap agar wangian Demeter ini dapat memberikan memori indah kepada si pemakainya. 

Untuk anda semua yang ingin mendapatkan wangian Demeter Fragrance Library ini bolehlah berkunjung ke mana-mana cawangan Watsons di Malaysia.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk ini di www.watsons.com.my

Exit mobile version