Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semuanya sihat sejahtera hendaknya. Hari ini 24 November 2012 telah berlangsungnya hari terbuka Pusat Islam dan Pembangunan Insan (PIMPIN) Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan sambutan hati terbuka ini antaranya ialah Konsert Rhythm Of The Soul. Antara artis yang membuat persembahan ialah Devotees. Kumpulan ini merupakan antara kumpulan nasyid kegemaran saya dari dulu lagi. Sambutan yang diterima oleh pelajar UMP amat memberangsangkan buat kali ini. Syukur.
(Devotees sebelum membuat persembahan- Sumber fb Devotess)
Pelbagai lagu dipersembahkan oleh kumpulan ini pada malam itu. Namun yang paling mencuri perhatian saya ialah lagu Berjalan Tanpa Henti yang popular buat masa ini. Melodinya indah dan mengasyikkan disamping liriknya yang bermakna. Ciptaan Yassin Sulaiman kalau tidak silap saya.
(Devotess sedang membuat persembahan di Dewan Astaka UMP)
Apepun terima kasih buat kumpulan Deevotees kerana sudi berkunjung ke UMP dan semoga dapat ke sini lagi pada lain kali. InsyaAllah.
Selesai konsert, sempat juga saya membeli album dan kaset dari mereka. Sedap didengar. Siap dapat autograph dari mereka lagi.
Apepun semoga Deevotees lebih maju lagi di masa akan datang dan memeriahkan lagi industri nasyid tanah air dengan lagu-lagu yang mendidik sanubari.