Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembacay ang budiman sekalian. Hari ini saya nak berceritakan tentang rusa di tempat praktikal saya. Oh! Tapi apa kaitan pula dengan tajuk entri ni? Jom baca dulu dan dapatkan jawapan..
Mungkin semua dah membaca entri praktikal saya yang lepas. Kali ini saya sekali lagi pergi bertemu dengan kelompok rusa ini. Ramai sungguh kesemua mereka. Lebih kurang 50 ekor kesemuanya. Pagi itu saya berjaya memberi makan kepada mereka.
Mereka hanya makan daun kayu dan rumput sahaja. Jimat sungguh bajet makanan untuk mereka. Walaupun makanan ala kadar namun berselera mereka makan. Saya pun tidak melepaskan peluang memberi mereka makan.
Nah tetiba rusa ni datang mencium saya! Arghh! Saya dicabul rusa…hahaha. Mungkin itu ciuman terima kasih kerana memberi makanan kepada mereka mungkin..
Apepun rusa disini cukup jinak dan memberikan senyuman kepada saya dengan keadaan sibuk saya bekerja.