November 7, 2024
Lain-Lain

Dilema Seorang Penganggur

Assalamualaikum dan salam sejahtera baut semua pembaca blog yang budiman. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini saya ingin kongsikan masalah yang dihadapi oleh jobless atau penganggur seperti saya. Oh!

Semua sedia maklum yang sekarang dunia dalam keadaan ekonomi yang meleset. Oleh yang demikian, bayank syarikat yang membekukan pengambilan staf baharu. Dan yang lebih teruk ada juga syarikat yang membuang pekerja demi mengurangkan perbelanjaan syarikat masing-masing. Jadi buat pendatang baharu seperti saya, sememangnya banyak persaingan yang perlu dihadapi.

Yes! Saya cuba yang terbaik untuk mendapatkan posisi dalam syarikat. Be the good candidates for the company and show an interest to join the company. Tapi nasib masih tidak menyebelahi saya. Bukan rezeki barangkali. Namun itu bukan masalah. Kerana saya masih boleh cuba dan terus mencuba.

Yang menjadi masalah adalah orang sekeliling. Memang sakit hati jiwa dan perasaan tau. Dahla kita ni yang takde kerja. Sakit kepala fikirkan masalah sendiri, datang pula orang yang tidak semena-mena tambah masalah. Lagi la sakit jiwa jadinya.

Orang Malaysia ni memang betul, caring di sampai ke dalam kain. Yang tak patut diambil tahu pun sibuk nak tahu. Mana tidaknya, dah mulut tu memang kehulu hilir mencari berita. Kalah si wartawan Kepoh.

Apa yang berlaku kepada saya ialah dengan perasaan ingin tahu mereka itu menyebabkan saya rasa tersinggung. Tanya dan terus bertanya berkaitan kerja menjadikan diri ini tidak selesa. Yes! I’m keep searching la ni. You tak payah la nak tanya banyak kali. Ke kau nak suruh aku tanya kau kerja ape? Sorry I’m not kepochi like you. I’m mind my own business.

Nak je aku pergi ke tempat yang tiada orang kenal aku, Nak buat kerja cuci longkatng, sapu sampah ke. Untung juga. Orang kampung pun tak tahu. Jadi takde la bunyi mulut yang cakap-cakap belakang tu. Bangladesh ke kan?

 

AM: siapa ada kerja kosong kasitau la saya. Saya tidak kesah kerja apa pun. Janji yang sah. Terima kasih.

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *