Site icon AMIRNAWAWI

Festive Delight Dari Tony Roma’s Sempena Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Festive Delight dari Tony Roma’s.

Kita semua sedia maklum, bahawasanya jika sebut sahaja stik dan juga rib, pasti kita akan tahu yang nama Tony Roma’s akan terpacul keluar. Apa yang menariknya, setiap apa juga perayaan, pihak mereka pasti sahaja akan muncul dengan pelbagai tawaran dan hidangan yang menarik untuk pelanggan mereka.

Jika sebelum ini mereka menyediakan hidangan khas untuk perayaan Tahun Baru Cina, kali ini pada Ramadan dan Syawal ini mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menyajikan hidangan enak mereka mengikut tema perayaan itu sendiri.

Yang pastinya, setiap hidangan yang dihasilkan mementingkan konsep kekeluargaan dan perkongsian sesama insan. Wah! Terbaik bukan? Yang banyak sama dikongsi, yang sedikit sama dirasai.

Baiklah, untuk Festive Delight sempena Ramadan ini, pihak mereka telah memperkenalkan beberapa hidangan baharu seperti Selera Iftar dan Meriah Meals. Untuk hidangan persendirian juga ada disediakan Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken, Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken dan TR Original BBQ 1/4 Chicken.

Selera Iftar

Hidangan sesuai untuk 3-4 orang. Apa yang terhidang dalam set Selera Iftar ini ialah Lamb Ribs Roma Rack with honey plum sauce, BBQ 1/2 chicken, Beef Riblet with TR’s original sauce, coral mix salad, corn on cob, two hot baguette, four mashed potatoes/rice & four cups soup of the day.

Yang pastinya ianya disediakan bersama nasi ataupun mashed potato mengikut pilihan anda. Sekali makan pasti kenyang la weh.

Meriah Meals

Hidangan Meriah Meal ni pula sangat sesuai untuk kumpulan 5-6 orang dengan hidangannya Lamb Ribs Slab with honey plum sauce, BBQ 1/2 chicken, two slabs of Beef Riblet with TR’s original sauce, coral mix salad with kickin’ Shrimp, three hot baguette, six mashed potatoes/rice & six cups soups of the day

Hidangan yang sekaan sama dengan Selera Iftar namun porsi untuk hidangan inin lebih banyak berbanding Selera Iftar. Dan yang lainnya juga adalah hidangan ini disajikan bersma udang yang dimasak khas. Memang sedaplah udang ini. Berasa cair di dalam mulut ketika memakannya.

Sensational Serai BBQ 1/4 Chicken

Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos serai dan dihidangkan dengan jagung rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar.

Tempting Tomyum BBQ 1/4 Chicken

Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos BBQ Tomyum dan dihidangkan dengan jagung rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar.  Sejujurnya untuk penggemar selera Thai, ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda.

TR Original BBQ 1/4 Chicken

Ayam BBQ yang dipanggang bersama sos BBQ asli Tony Roma’s dan dihidangkan dengan jagung rebus, salad & pilihan nasi kuning atau kentang putar.

Apa yang menariknya, setiap hidangan ini hanyalah berharga RM30.90 sahaja untuk setiap satu. Berbaloi bukan?

Saya pasti, anda yang menikmati makanan di Tony Roma’s ini pasti teringat-ingat dan akan teringinkan lagi dan lagi.

Untuk keterangan lanjut bolehlah melawat ke laman web dan social media mereka :
Website : www.tonyromas.com.my
Facebook : Tony Roma’s Malaysia
Instagram : TRMalaysia
Twitter : TRMalaysia1

Exit mobile version