Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari nih aku nak berkongsi sedikit mengenai widget Google Friends Connect (GFC).
Mungkin ramai sudah maklum akan hal ini. Apa itu friend connect? Alaa, benda yang follow mollow blog tu la. Setiap blog biasanya ada benda nih. Aku pun dulu letak la jugak kat tepi tuh. Sesaje jer sebenarnya. Mungkin untuk menampakkan gah nya sesebuah blog itu kalau ramai followersnya.
Namun semua itu tinggal kenangan. Baru-baru ini aku mulai pelik kenapa google friends connect yang aku pasang ditepi ini kosong. Anda boleh tengok tepi sebelah kanan blog aku. Atas shuotbox tu kosong. Situlah letaknya GFC aku sebelum ini. Namun segalanya tinggal kenangan kerana google telah menamatkan perkhidmatan untuk blog yg bukan dari kalangan dia.(blogspot).
Nasib baik la followers aku dalam 800++ jer. Kalau la yang beribu-ribu tu maunya menangis bila benda nih dah takde. Takle la nak gebang kat roang yang korang ramai followers kan.. hehe3
Aku cuba la usyha kat google kenapa benda nih kosong, jadi aku ketemuilah jawapannya dari pihak google sendiri.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Apepun bagi aku, biarlah takde benda ni pun asalkan pembaca setia korang sentiasa mengunjungi blog korang. Ni follower bukan kemain banyaknya tapi traffik macam hidup segan mati tak mahu jer. Tengok blogger-blogger yang otai. walapun tiada GFC nih, traffik maintain tinggi. Contohnya Kak Red, Bro Framestone dan Retis Malaya ni.
AM: Sabtu ni aku turun KL. Takde aktiviti ape-ape ke wei?