April 19, 2024
Food

Gudang Makang, Tempat Makan Hipster di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam ekadaan sihat sjeahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai tempat makan yang menarik di negeri Terengganu.

Semua sedia maklum bahawasanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia ini terdapat pelbagai jenis makanan yang enak untuk dinikmati. Tak kiralah dari Kelantan, Terengganu mahupun Pahang. Yang pastinya setiap makanan ini mempunyai identitinya yang tersediri.

Pada kali ini saya ingin bawakan anda semua untuk meneroka ke salah satu tempat makan yang menarik di negeri Terengganu iaitu di Gudang Makang. Oh! kenapa dipanggil gudang makang?

Ianya dipanggil gudang kerana tempat ini seakan-akan gudang ataupun kilang. Suasana yang seakan kilang dipanggil gudang. Makang pula apa? Makang merupakan perkataan dalamn dialet Terengganu yang membawa maksud makan. Ya! huruf G ditambah dibeberapa perkataan dalam dialet Terengganu. Saya yakin semua sudah sedia maklung kang?

Di Gudang Makang ini terdapat pelbagai jenis gerai. Ianya tidak hanya tertumpu dengan satu jenis makanan sahaja. Namun terdapat pelbagai lagi yang menjadi kegemaran masyarakat kita. Makanan tempatan dan ala barat juga tersedia di sini. Dari satay, nasi lemak, nasi dagang sehinggalah stik daging disediakan di sini. Sebut sahaja pasti anda akan dapat mencarinya.

Tidak kurang juga makanan yang terkenal mengikut musim ataupun makanan hipster. Seperti pisang kejuk ini, ianya merupakan pisang goreng yang disajikan bersama pelbagai jenis keju. Sekali makan pasti teringat.

Pisang kejuk..
Aiskrim! Yummy

Makanan dari kawasan lain di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Oleh yang demikian, di sini juga disajikan makanan dari pelbagai pelusuk negara antaranya seperti Char Koew Teow ini. Anda boleh memilih untuk makan yang biasa atau pun yang lebih istimewa dengan udang galah yang besar! Anda patut mencuba versi udang galah ini. Pasti puas hati.

Kita beralih pula kepada menu ala barat yang terdapat di sini. Menu seperti kentang goreng, chicken chop, stik daging dan pelbagai lagi juga menjadi pilihan pelanggan di sini. Disajikan di dalam talam dengan pelbagai pilihan makanan sememangnya sesuai untuk dicuba oleh anda. Pastikan perut anda cukup besar dan kosong! Jika tidak bawa sekali keluarga atau rakan anda untuk bersama anda menikmati makanan ini. Berbaloi!

 

Wow! Nampak tak betapa meriahnya dulang ini?
Ayam ini pun anda patut cuba. Terbaik!

Selain itu juga, terdsapat menu kudapan tempatan yang anda dapat nikmati di sini seperti rojak, pasembor, yong tow foo dan pelbagai lagi. Yang pasti ianya cukup menyelerakan untuk anda nikmati.

Megi goreng istimewa.
Yong tow foo. Eh betul ke ejaannya ini?
Rojak? Lebih kurang la tapi yang pasti rasanya piaw. Cukup sedap unutuk dicuba. Mesti anda akan pesan lagi dan lagi.

Bagaimana? Cukup menarik bukan makanan yang disediakan di sini? Itu hanya beberapa makanan sahaja yang saya kongsikan. Jika nak dikirakan, perlbagai lagi makanan lain yang terdapat di sini. Kalau datang sekali tu pasti tak cukup ruang dalam perut anda untuk diisi. Datang la lagi dan lagi. Cuba dengan pelbagai menu yang lain, anda pasti akan puas hati.

Alamat untuk gudang makan ini anda boleh lihat di bawah ini.

Gudang Makang

7710, Jln Kota Bharu-Kuala Terengganu,

Kampung Banggul Tuan Muda,

21200 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia

Jom muaturun aplikasi JJCM untuk mendapatkan lebih info mengenai tempat makan menarik di seluruh negara.

Entri ini dibawakan oleh aplikasi JJCM dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri  Terengganu

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *