Site icon AMIRNAWAWI

Halatuju Selepas SPM 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai halatuju selepas SPM.

Semua telah sedia maklum bahawasanya keputusan SPM untuk tahun 2014 telah diuumkan kelmarin. Dan berpuluh ribu yang mendapat keputusan semua A dalam matapeljaran yang diambil. Jadi ke mana hala tuju selepas SPM anda?

Saya bukan nak bercakap mengenai pelajar yang mendapat semua A ini, dan juga bukan untuk pelajar yang mendapat banyak A. Tapi ini adalah untuk adik-adik yang tidak beberapa cemerlang. Dalam erti kata lain, nak dapat A tu jarang-jarang sekali. Baiklah untuk makluman semua, tidak berjaya dalam SPM tidak bermakna anda gagal selamanya. Ok! Ayat ini selalu diperdedangkan. Agak kliche untuk dibaca.

Namun untuk kalian yang masih tercari-cari hala tujuan untuk menyambung pengajian bolehlah mencuba untuk memohon mana-mana kolej kerajaan. Banyak kolej-kolej yang menawarkan kursus peringkat sijil dengan penawaran biasiswa penuh oleh kerajaan. Ada juga yang ditanggung separa oleh kerajaan. Ada juga yang mendapat pinjaman daripada badan kerajaan.

Namun tak semua kolej betul-betul berkualiti. Apatah lagi kolej swasta yang sibuk mencari pelajar dengan yuran pengajian yang bergitu tinggi. oleh yang demikian saya cadangkan mana-mana adik-adik yang kurang cemerlang dalam SPM 2014 untuk mendaftarkan diri ke kolej-kolej bawah kerajaan iaitu seperti kolej komuniti, koleh pembangunan kemahiran, giat mara dan banyak lagi.

Mungkin ada yang maish ragu akan kelebihan program sijil ini. Namun yakinlah yang permintaan untuk pelatih lepasan program sebegini amat tinggi. Kalau di Pahang Skill Development Centre, atau Pahang Skill, terdapat banyak kursus untuk pelajar lepasan SPM. Dengan pelbagai pembiayaan pembelajaran di sediakan. (akan diceritakan kemudian).

Oleh itu, pilihan di tangan adik-adik. Do the best for your future. Think wisely 🙂

Exit mobile version