Tetamu AirAsia dan AirAsia X yang telah menempah penerbangan mereka boleh membuat pra-tempahan hidangan melaui ‘Urus Tempahan Saya” di www.airasia.com. Pra-tempahan hidangan dalam pesawat menjamin hidangan pilihan anda akan terhidang dan boleh jimat sehingga 20% dari harga biasa.
Assalamualaikum dan salah sejahtera buat semua pembaca yang budiman sekalian. Apa khabar anda semua? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tercinta hendaknya. Pada kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa menu terbaru dari syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan juga AirAsia X.
Untuk makluman semua, AirAsia telah memperkenalkan menu baru iaitu Kamal’s Mee Goreng Mamak dalam kesemua penerbangan AK AirAsia. AirAsia juga memperkenalkan menu untuk bulan November dan Disember iaitu Spicy Tuna Wrap dan menu istimewa Krismas iaitu Roast Chicken with Cream Sauce.
Kamal’s Mee Goreng Mamak adalah gabungan terbaik mee, daging ayam, kek ikan. tauhu dan sayur kobis. Memang sedap dan sesuai untuk selera orang Malaysia. Dan harganya hanya RM12 untuk tempahan dalam pesawat ataupun pra-tempahan.
Spicy Tuna Wrap pula pasti akan memuaskan keinginan anda yang sukakan rasa pedas dengan roti pita yang mengandungi tuna pedas dan potongan kubis, lobak merah, bawang merah, lada hitam dan dilengkapi dengan sos mayonis dengan harga RM9 untuk pra-tempahan dan RM10 untuk belian dalam pesawat.
Kamal’s mee Goreng Mamak telah mula terjual dalam pesawat sejak 1 November lalu dan sambutan agak memberangsankan terhadap hidangan tersebut. selain itu juga, hidangan signatur AirAsia iaitu Pak Nasser’s Nasi Lemak kini dijual pada harga RM10 sahaja bagi masa terhad.
Bagi tetamu AirAsia X yang menggemari masakan Jepun pula boleh milih set AirAsia X Bento set yang terdiri daripada pelbagai hidangan kegemaran masyarakat Jepun seperti Smoked Chicken Breast, Sea Bass with teriyaki Sauce, kamaboko (kek ikan), Nimono vegetables, jeruk dan maki atau nasi masyarakat Jepun pada harga RM30 sahaja.
Kesemuanya kena dengan selera orang Malaysia. Sangat dicadangkan untuk mencubanya.
Saya telah merasa kesemua hidangan mereka ini dan kesemuanya kena benar dengan selera orang Malaysia seperti saya. Memang dicadangkan kepada anda untuk mencubanya juga. Selamat menjamu selera di awan biru. Memang sedap dan anda semua patut mencuba kesemua hidangan ini. Rugi sekiranya anda tidak merasa hidangan yang super hebat dan sedap sebegini.
Tetamu AirAsia dan AirAsia X yang telah menempah penerbangan mereka boleh membuat pra-tempahan hidangan melaui ‘Urus Tempahan Saya‘ di www.airasia.com. Pra-tempahan hidangan dalam pesawat menjamin hidangan pilihan anda akan terhidang dan boleh jimat sehingga 20% dari harga biasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terbaru AirAsia bolehlah melalui Facebook AirAsia serta twitter mereka
AM: Masih memilih tarikh yang sesuai untuk menggunakan penerbangan terbaru mereka iaitu dari Kota Bharu ke Kota Kinabalu.
