Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog amirnawawi yang budiman sekalian. Baiklah pada entri kali ini ingin saya kongsikan dengan anda semua mengenai ice skating di IOI City Mall Putrajaya.
Untuk makluman semua, salah satu tarikan yang ada di IOI City Mall Putrajaya ini adalah luncur aisnya (ice skating). Pada pengamatan saya tadi begitu ramai anak muda yang meluncur di sini. Ini merupakan gelanggan luncur ais yang kedua di Malaysia selepas di Sunway Pyramid.
Gelanggan luncur ais di IOI City Mall ini bernama Icescape. Icescape merupakan satu-satunya gelnggan luncur ais yang berukuran Olimpik di Malaysia. Dengan berukuran 30mx60m
Berikut ada bayaran masuk ke Icescape ini
Hari biasa: RM23
Hari minggu/ cuti sekolah : RM28
Pelawat: RM5
Stokin :RM6
Gloves: RM9
Dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam
Disarankan untuk membawa stokin dan glove dari rumah untuk menjimatkan perbelanjaan.. hahaha. Tak pun beli jer kat kedai atas. Kedai barangan jepun tu. Nama apa entah. saya pun dah lupa.
AM: Selamat meluncur semua 🙂