Site icon AMIRNAWAWI

Ilusi Yang Mempesonakan di Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Museum of Illusions : Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang dikasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua salah satu tarikan yang menarik di ibu kota Kuala Lumpur. Tempat yang saya maksudkan adalah

Museum Of Illusions Kuala Lumpur

Tempat ini terletak di tengah-tengah ibu kota yang pastinya menjadi tumpuan umum. Apa yang boleh saya katakan tempatnya betul-betul dikawasan tumpuan ramai iaitu Bukit Bintang. Kawasan ini sememangnya terkenal dengan kebanjiran pelbagai pengunjung dari dalam mahupun luar negara.

Selepas ini jika anda berkunjung ke Bukit Bintang ini, jangan lupa untuk mencuba pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Museum of Illusions ini. Pastinya aktiviti ini sesuai untuk seisi keluarga, Dengan pelbagai ilusi menarik, ianya bakal memberikan pengalaman dan pelajaran hebat kepada pengunjung.

Saya sendiri belajar beberapa perkara baru sepanjang berkunjung ke sini. Mana tidaknya, pelbagai ilusi yang tersedia membuatkan otak kita berfikir lebih laju dan kritis bagaimana ilusi ini terhasil. Wah! Dah macam Detektif Conan sudah otakku ini ligat berfikir.

Mengambil konsep asal daripada Zagreb, Croatia, Museum of Illusions menawarkan visual yang menarik dan penuh pembelajaran untuk semua peringkat umur. Terdapat lebih 70 pameran yang penuh menguji minda dan pemikiran.

Jom saya kongsikan dengan anda semua beberapa tempat menarik di dalam tempat ini untuk tontonan anda semua.

1. Ames Room

Haaa, di sini paling menarik, tepi pintu masuk sahaja anda akan dapat melihat ruangan ini. Kat sini anda akan dapat ruangan untuk menampakkan diri anda kecil ataupun kerdil. Macamana tu?

Baiklah di sini anda akan berdiri dari sisi dan seorang lain akan berdiri di sisi yang lain Apabila gambar diambil, salah seorang akan menjadi lebih kecil seolah-olah orang kerdil dan raksasa. Kalau rasa nak lanyak orang macam saya buat ni dipersilakan.

Kita lanyak dia!

2. Rotate Room

Ini satu lagi yang menarik untuk sesiapa yang gemarkan bergambar. Mana tidaknya, anda akan terlihat terapung dengan tangan memegang bangunan dan tangga. Padahal apa yang realitinya lain. 🙂

Tan Sri Vincent Tan jugak tidak melepaskan peluang bergambar di sini. Menarik bukan?

Menarik untuk dicuba bersama keluarga.

3. Head on The Platter

Yang ini juga menarik. Anda akan terlihat seperti ingin memakan kepala di atas pinggang. Ini kerana hanya kepala sahaja yang terlihat pada ilusi ini? Bagaimana ianya terhasil? Cubalah sendiri di sini nanti.

4. The Chair Illusion

Yang ini pun menarik pada mulanya saya tertanya-tanya apalah ilusi yang terhasil. Sebab pada awalnya saya tak tahu pun apa. Tapi bila gambar sudah diambil wah! Macam ini rupanya. Anda akan kelihat kecil seolah berada di atas kerusi yang besar. Oh!

Kecil pula kawan saya ini

Selain itu juga, terdapat banyak lagi ilusi menarik untuk anda terokai.

Mengiring ke belakang tanpa jatuh!
Cantuman gambar yang mewujudkan gambar. Anda kenal siapa ini?
Pelbagai ilusi yang menarik
Anda mampu selesaikan?

Jangan lupa untuk berkunjung ke sini kerana ianya pasti memberikan anda lebih memori yang anda. Lokasinya pula betul-betul mudah untuk dicapai. Turun sahaja di stesen MRT dan monorel Bukit Bintang dan jalan sahaja beberapa meter dan anda akan menjumpai Hotel Ansa. Nah! Disitulah terletaknya Museum of Illusions ini.

Chop!

Saya ada 10 tiket untuk diberikan kepada 5 pasangan yang bertuah untuk berkunjung ke sini secara percuma! Yeah! Secara percuma ya.

Jadi anda hanya perlu PM saya di Facebook dan nyatakan kenapa anda ingin pergi ke sini. Pemenang bertuah akan saya pilih seterusnya mendapatkan tiket ke sini.

Jom kita ke Museum of Illusions ini. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah.

Web: www.museumofillusions.my

Telefon: 03-21102654

Exit mobile version