Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai kolam tanpa sempadan, ataupun infinity pool di Resorts World Langkawi.
Semua sedia maklum bahawasanya, Resorts World Langkawi telah melalui fasa renovasi secara besar-besaran. Ini melibatkan pengubahsuaian bilik bagi memberikan keselesaan kepada semua para pengunjung yang berkunjung ke sana.
Tidak hanya dengan itu, pihak mereka sekali lagi menambah tarikan terbaharu iaitu kolam renang tanpa sempadan ataupun infinity pool ini. Ini merupakan tarikan yang terbaharu yang terdapat di sini. Sebelum ini, sudah ada kolam renang yang lain, namun tambahan ini untuk memberikan pengalaman yang terbaharu kepada semua pengunjung.
Sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda semua mengenai pengubahsuaian bilik yang telah dilakukan di sini. ianya cukup selesa untuk didiami. Jujur untuk saya katakan, ianya memang kondusif dan sesuai untuk percutian bersama keluarga.
Untuk bacaan lanjut mengenai bilik di Resorts World Langkawi klik pada pautan ini.
Bilik di Resorts World Langkawi
Infinity Pool
Baiklah jom kita bercakap mengenai infinity pool ini. Ianya telah dibuka secara rasmi bermula 10 Februari 2018 yang lalu. Dibina dengan berkeluasan 28.5m panjang dan 7.1m lebar. berkedalaman 1.2m. Kolam ini menghadap lautan Andaman yang sememangnya saujana mata memandang. Ianya juga menarik perhatian tatkala malam bulan mengambang. Cukup indah untuk bergambar dengan segala elemen yang terkandung di sana.
Saya juga tidak berkecuali. Dengan bot kecil nelayan, dan kapal persiaran mewah yang diparkir menjadikan suasana cukup menakjubkan. Betulah kata Dato Edward Holloway, suasana sebegini sememangnya hanya ada di Langkawi. Lebih tepat lagi di Resorts World Langkawi ini.
Sambil mandi manda- anda juga boleh mengadakan majlis di tepi kolam ini. ianya cukup kondusif untuk mengadakan aparti sebegini. Dengan penat berenang, anda dapat mengisi tenaga lagi dan lagi. Cukup mempesonakan.
Untuk makluman semua, kolam ini dibuka dari 8 pagi hingga 8 malam. ianya boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja penghuni hotel ini. Dengan diisi air masin garam pastinya lebih selamat kepada kulit kita.
Jadi buat anda yang berkunjung ke Pulau Langkawi, jangan lupa untuk jadikan Resorts World Langkawi sebagai tempat penginapan anda. ini kerana bukan sahaja kemudahan yang cukup, namun suasana yang menarik yang sememangnya menjadi tambah nilai dalam percutian anda.
Di Resorts World Langkawi juga terdapat ruangan spa yang boleh dikunjugi pada harga yang cukup berpatutan. Untuk maklumat lanjut berkaitan spa bolehlah membaca dipautan ini.
Untuk sebarang tempahan di Resorts World Langkawi, bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:
Alamat: Tanjung Malai, 07000 Langkawi, Kedah
Reservation Enquiries :
Comments and Feedback :