Site icon AMIRNAWAWI

Jadi Bintang ChiChi & Chacha

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pembaca blog yang budiman sekalian. Baiklah hari ini saya ada berita gembira untuk dikongsikan degan adik-adik dan para ibu bapa sekalian.

Pada entri kali ini ingin saya kongsikan bagaimana peluang untuk adik-adik mencapai impian adik untuk menjadi seorang bintang! Menjadi Bintang ChiChi dan ChaCha

PELUANG MENJADI BINTANG CHICHI DAN CHACHA

Tak kiralah adik-adik pandai menari, menyayi mahupun pelakon bolehlah mencuba peluang ini. Mana tahu adiklah  bintang yang mereka cari. Caranya mudah sahaja dan senang. Ikuti sahaja langkah-langkah yang Abang Amir senaraikan di bawah ok?

1. Daftarkan diri adik-adik di http://goo.gl/forms/YlQy3bx5VC

2  Pastikan adik-adik sedia untuk beraksi dan rakam video adik-adik selama 15 saat sahaja. Dan muatnaik di facebook mahupun instagram. Jangan lupa untuk mention @chichidANchacha dan juga salah seorang pengacara kegemaran adik-adik iaitu (@afeiq, @farisha_iris, @jazashazleen, @harrisalif, atau @fqisminaa) DAN @chichidanchacha

Jangan lupa jerit dengan sepenuh hati adik adik, Saya nak jadi bintang ChiChi & ChaCha”

Pengacara kesayangan adik-adik

Jika adik antara 30 bintang yang bersinar, adik akan dijemput untuk ke Pusingan Cabaran di The Main Place, USJ 21 . Adik-adik diberikan peluang 90 saat untuk mempamerkan bakat yang terpendam itu. Selepas itu 10 terbaik akan beraksi dalam pusingan terakhir pada 16 November. Setiap peserta akan diadili berdasarkan 3P iaitu Persembahan, Potensi dan Personaliti. 

Selangkah lagi untuk adik menjadi bintang!

Pemenang akan dapat bersama pengacara Chichi dan Chacha muncul di ruangan Youtube. Wang tunai RM1000 juga menanti anda.. Wah! Nasib baik Abang Amir dah lebih 18 tahun, kalau tidak saya juga akan turut serta.

Sehubungan dengan itu adik-adik, rancangan ChiChi dan ChaCha akan menemui adik-adik bermula pada 11 Oktober lepas. Pelbagai segmen menarik menanti adik-adik, antaranya ialah segmen bual bicara, tarian, nyanyian, seni kreatif dan pelbagai lagi aktiviti yang menarik untuk tontonan adik-adik.

Bual bicara santai
Bermain alat muzik.
Menari bersama..
Jom bereksperiment

Selain itu juga, rancangan ini diserikan lagi dengan kemunculan kartun-kartun comel iaitu ChiChi dan ChaCha. Pastinya adik-adik mendapat seribu pengetahuan baru disamping berhibur bersama kawan-kawan adik-adik ini. Jangan lupa saksikan rancangan ini dan ajak rakan sekolah, jiran tetangga, keluarga dan sesiapa sahaja untuk menontonnya bersama-sama.

Rancangan ini disiarkan pada hari Sabtu selama setengah jam bermula pada 10.30 pagi dan 3 kali sehari dari Isnin hingga Jumaat. Jangan lepaskan peluang menyaksikan rancangan ini di Astro Ceria (Channel 611)  dan Astro Maya HD (Channel 135).

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran adik-dik ini bolehlah melayari laman web ini

http://www.chichiandchacha.com/

ChiChi & ChaCha, edutainment and star search for kids

AM: Rindunya akan zaman kanak-kanak Abang Amir 🙂

Exit mobile version