Site icon AMIRNAWAWI

Jom Ke Keningau Sabah sempena Tahun Melawat Keningau 2018

Gua Batu Salag

Tahukah anda Keningau merupakan daerah ke-5 terbesar di negeri Sabah yang kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna?

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua mengenai Keningau, secara khususnya tentang kempen Tahun Melawat Keningau 2018.

Macamana saya mengetahui mengenai kempen Tahun Melawat Keningau 2018 ini? Sebenarnya pada tempoh hari saya telah hadir ke pementasan teater Latana The Bobohizan. Di majlis yang sama juga telah diadakan majlis pelancaran Tahun Melawat Keningau 2018 Peringkat Kuala Lumpur.

Ayuh kita ketahui sedikit sebanyak mengenai daerah Keningau Sabah ini.

Kita semua sedia maklum bahawasanya penubuhan Malaysia adalah dengan penyertaan Sabah dan Sarawak dengan Tanah Melayu menjadikan negara kita yang ada hari ini iaitu Malaysia. Terdapat sejarah penting negara kita yang bertitik tolak dari daerah Keningau di Sabah ini.

Namun bagi pekara tersebut anda bolehlah membuka buku sejarah kerana saya inginkan anda semua membuat lebih kajian sendiri mengenai Keningau. Barulah menarik untuk membacanya sendiri bukan? Entri kali ini saya ingin lebih memfokuskan tentang Keningau pada hari ini.

Negeri Sabah secara umumnya kita tahu negeri yang mempunyai pelbagai tarikan. Tak kiralah dari alam semulajadi dan juga seni budaya mereka yang tersendiri. Keragaman ini menjadikan negara kita lebih beragam dan lebih berwarna warni.

Daerah Keningau Sabah secara umumnya diketahui sebagai daerah ke-5 yang terbesar di Sabah dengan pelbagai tarikan menarik untuk diterokai. Sebelum ini jika cakap Sabah sahaja kita tahu bahawanya Gunung Kinabalu sahaja yang terlintas, namun tahukah anda yang di daerah Keningau tidak kurang juga hebatnya.

Kita boleh ke Keningau dengan jalan darat dari Kota Kinabalu melalui Jalan Tambunan atau melalui Jalan Kimanis di mana masing-masing mempunyai jarak sekitar 128 Kilometer yang mengambil masa kira-kira 2 jam setengah perjalanan. Ke Sandakan melalui Lebuhraya Keningau – Sandakan dan ke Tawau melalui Lebuhraya Keningau – Tawau dengan menaiki sama ada perkhidmatan teksi, bas mini ataupun bas ekspress.

Kemudahan jalan darat yang baik (accessibility) sememangnya tidak menjadikan halangan untuk kita sampai ke Keningau ini. Oleh yang demikian, saya ingin mengajak anda semua untuk sama-sama saya meneroka daerah Keningau ini bersempena dengan Tahun Melawat Keningau 2018.

Tuan Haji Yusof Bin Haji Osman yang merupakan Pegawai Daerah Keningau

Daerah Keningau ini mempunyai lebih kurang 173,000 penduduk yang ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. Ianya terletak di pedalaman atas negeri Sabah. Oleh yang demikian, terdapat pelbagai tarikan yang bercirikan semulajadi di Keningau ini.

Ayuh kita kasi teaser sikit apa yang ada di Keningau ini.

Tempat Bersejarah

Bagi anda yang sukakan tentang sejarah bolehlah berkunjung ke tempat di atas sambil mempelajari apa jua peristiwa yang berlaku disebaliknya. Saya juga tidak terkecuali. I love history!

Untuk anda yang sukakan aktiviti lasak pula, tidak usah khuatir kerana keadaan yang ada di Keningau ini sememangnya sesuai untuk anda kunjungi. The more, the thrill you can feel. Antara tempat yang lasak untuk anda kunjungi adalah:

Gua Batu Salag

Bagi anda yang sukakan alam semulajadi pula, yang mana tempatnya light-light untuk anda beristirehat sambil menenangkan minda pula adalah di tempat yang berikut.

Bunga pakma di Keningau
Cantik la suasana sawah padi di sini. Kredit: @shamsoul

 

Selain daripada keindahan alam semulajadi itu, tak namanya rakyat Malaysia la kalau kita tak gemarkan tentang makanan. Di Keningau juga terdapat pelbagai jenis makanan enak untuk anda cuba. Tempat yang paling sesuai untuk menikmati makanan adalah di pasar. Ya! saya tahu kalau kita ke pasar, pastinya kesemua makanan menarik di kawasan setempat akan ada di sana.

Dah! Sudah cukup sudah. Sekarang kita lihat pula beberapa makanan menarik yang disarankan untuk dicuba apabila berkunjung ke Keningau ini.

Ngau Cap mee, antara mee yang terkenal di Keningau

Jadi macamana? Teringin ke tidak nak ke Keingau? Saya sendiri tidak sabar nak menjejakkan kaki ke sana. Mana tidaknya, kesemua itu menjadi daya penarik yang kuat untuk mengajak saya meneroka ke Keningau, The Hinterland Gem of North Borneo.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Tahun Melawat Keningau 2018 ini bolehlah ikuti secara langsung mana-mana medium seperti di bawah.

Facebook: Visit Keningau Year 2018

Instagram: Discover Keningau

Exit mobile version