Jus Glamohealth – Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas

Jus Glamohealth | Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Petua Hilangkan Kencing Tak Lawas.

Apa Itu Kencing Tak Lawas?

Kencing tak lawas adalah keadaan di mana apabila buang air kecil, air kencing macam tidak habis-habis. Apabila diperhatikan, aliran air kencing mengecil, aliran air kencing tersekat-sekat. Apabila buang air kecil, masih ada aliran air kencing menitis dan akan rasa tidak puas selepas buang air kecil.

Saya juga selalu terjadi seperti ini. Ianya amat menyusahkan saya. Ini berlaku apabila hendak solat. Kebiasaannya saya akan buang air kecil terlebih dahulu sebelum solat. Namun selepas itu, saya mengambil wuduk untuk menunaikan solat.

Namun, dalam keadaan nak solat tersebut, terasa macam ada air yang masih keluar dari kemaluan. Eh? Air kencing tadi masih tak habis ke? Sudah jadi was-was wuduk masih ada atau dah terbatal. Tu belum waktu solat lagi. Sudahnya was-was solat tersebut sah atau tidak.

Petua Hilangkan Kencing Tidak Lawas Dari Orang Dahulu

Baiklah, sebenarnya setiap penyakit ada ubatnya. Kita hanya perlu berikhtiar sahaja. Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Ayuh kita baca apa petua yang diamalkan oleh orang terdahulu bagi penyakit kencing tak lawas ini.


1. GUNA DAUN SIRIH
Rebus beberapa helai daun sirih. Apabila mendidih, minum air rebusan sirih berkenaan dua kali sehari. (Antara Ramuan Jus Glamohealth)

2. GUNA BIJI BARLI
Rebus sedikit biji barli sehingga kembang dan minum airnya. Ianya dapat melegakan sekiranya ada rasa sakit akibat kencing tidak lawas dan selain itu ianya juga dapat menyejukkan badan. (Juga antara ramuan Jus Glamohealth)

3. GUNA BUAH NANAS
Ambil sebiji nanas yang kurang masak, Kupaskan bahagian kulitnya. Apabila siap, bersihkan dan hiris kepada beberapa potongan. Ambil beberapa potongan nanas tersebut dan kisarkan bersama beberapa gelas air. Tapis air tersebut dan minum airnya. Amalkan 2 kali sehari sehingga pulih.

4. GUNA AIR BASUHAN BERAS
Ambilkan air basuhan beras yang terakhir apabila selesai membasuh beras, kemudian tuangkan ke dalam sebiji gelas. Minum air basuhan beras tersebut selepas makan tengahari. Amalkan setiap hari sehinggalah masalah kencing tidak lawas anda itu sembuh.

5. TANGGAL SEMUA TERMASUK SELUAR
Ketika membuang air kecil, tanggal semua termasuk seluar dalam agar penyaluran kencing mengarah ke bawah dan lancar, sehingga tidak ada air kencing yang tertinggal di dalam pundi kencing.

6. ANDA BOLEH BUAT SQUAT JUMP.
Apakah itu Squat Jump? Ia adalah satu exercise dimana perlu membongkok kemudian berdiri jinjit secara berulang-ulang kali. Lakukan sebanyak 50 kali pagi dan 50 kali petang. Senaman ini adalah bertujuan untuk memperkuatkan otot-otot pada bahagian punggung penghidap.

7. PERBANYAKKAN SENAMAN BERJALAN KAKI
Bukan sahaja luaran sihat, dalaman pun sihat juga.

Baiklah, itu antara petua yang diamalkan oleh orang dulu-dulu dalam mengubati penyakit kencing tidak lawas ini. Namun mengikut perubatan moden, apa pula yang disarankan utnuk mengelakkan dari terjadinya penyakit ini?

Menurut portal Kementerian Kesihatan, myhealth.gov.my, berikut adalah antara yang dicadangkan:

  • Minum air dengan secukupnya.
  • Amalkan gaya hidup yang sihat dengan mengurangkan makanan berlemak dan meningkatkan pengambilan buah-buahan.
  • Mendapatkan berat badan yang unggul dan mengelakkan kegemukan
  • Bersenam selalu
  • Mengurangkan stress
  • Melakukan hubungan seksual yang sihat dan selamat. Elakkan dari mendapat penyakit kelamin dengan mengelakkan hubungan seksual rambang. Penyakit kelamin seperti gonorrhea menyebabkan radangan dan jangkitan prostat dan salur air kencing.
  • Jaga kebersihan diri dan persekitaran untuk mengelakkan jangkitan.
  • Elakkan kecederaan di kawasan perineal seperti semasa berbasikal dan menunggang kuda
  • Jangan tahan air kencing
  • Elakan pengambilan alkohol berlebihan kerana ia boleh memburukkan lagi gejala masalah kencing
  • Bejumpa doktor sekiranya mempunyai sebarang gejala masalah kencing.

Sebenarnya bila terjadinya penyakit kencing tak lawas ini, ia akan menyebabkan kita jadi tidak selesa. Apatah lagi bila melibatkan soal beribadat. Sah atau tidak solatnya. Namun bila sudah wujud perasaan was-was itu memang tidak elok la.

Konsentrasi akan terganggu. Memang tidak menyenangkan. Oleh sebab itu saya telah dicadangkan oleh kawan-kawan untuk mencuba produk Jus Glamohealth. Ianya dapat mengubati penyakit kencing tidak lawas ini (dengan izin Allah).

Alhamdulillah, setelah seminggu menggunakannya, terdapat kesan yang positif saya telah alami. Semoga kesan positif ini berterusan dan menjadikan saya lebih yakin dalam melaksanakan urusan seharian dan juga beribadat.

Susah weh bila dapat penyakit ni, siapa yang pernah alami akan tahu la betapa seksanya. Namun, tak salah untuk kita berikhtiar kan? Jadi gunalah produk Glamohealth ini.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan produk Jus Glamohealth ini, anda bolehlah rujuk maklumat yang tertera di bawah :

Laman web
www.glamohealth.com
Facebook
www.facebook.com/GlamohealthHQMalaysia
Instagram
www.instagram.com/glamohealthsdnbhd
Email
glamohealth@gmail.com
Telefon 
012 2266953
013 6918656

Selamat mencuba!

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge