Site icon AMIRNAWAWI

Kalau Ke Tasik Kenyir, Jangan Lupa Singgah Kenyir Elephant Village

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog yang dikasihi sekalian. Pada kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua satu destinasi menarik yang ada di negeri Terengganu lebih tepat lagi di Tasik Kenyir.

Semua sudah sedia maklum bahawasanya Tasik Kenyir merupakan tasik buatan yang terbesar di Malaysia. Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di sini. Namun tahukah anda satu destinasi pelancongan dan pembelajaran terbaru telah muncul di sini iaitu Kenyir Elephant Village (KEV). Kalau sudah namanya elephant, sudah tentu gajah la yang wujud di sini kan?

Untuk makluman semua, KEV ini terletak di Sungai Telemong Tasik Kenyir Hulu Terengganu dengan keluasan 256.00 hektar.  Untuk makluman semua, gajah di sini semuanya original dari Teregganu! Ini adalah salah satu kaedah untuk mengelakkan gajah kita dari diancam kepupusan. Gajah di Semenanjung dianggarkan hanya tinggal 1500 ekor sahaja lagi.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dapat dilakukan di Kenyir Elephant Village ini. Antara aktivitinya ialah menonton persembahan gajah-gajah, menunggang gajah, meniti jambatan gantung dan juga aktiviti memandikan gajah. Bagi slot menonton persembahan gajah, terdapat pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh gajah-gajah ini, antaranya aksi tunduk hormat, aksi panjat belakang, tarik balak dan pelbagai lagi aksi yang menarik.

Jaga-jaga kerana anda mungkin kebasahan disembur oleh gajah-gajah ini!

Untuk makluman semua, gajah-gajah ini dilatih oleh para jurulatih gajah pakar dari Thailand. Di samping itu juga terdapat jurulatih tempatan supaya latihan gajah ini mendapat sentuhan jurulatih tempatan. Gajah-gajah di sini terdapat 3 jenis iaitu gajah liar, gajah separa liar dan juga gajah jinak. Gajah yang masih liar dirantai manakala yang sudah jinak dipersembahkan kepada penonton.

Bagaimana untuk sampai ke Kenyir Elephant Village

Untuk sampai ke sini para pelancong bolehlah menggunakan Lebuhraya Pantai Timur dan menuju ke Tasik Kenyir. Jika anda ingin menggunakan laluan udara, anda boleh mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dan menggunakan teksi ke sini. Laluan trafik yang tidak terlalu sesak pastinya melancarkan perjalanan anda.

Harga bayaran yang dikenakan untuk pengunjung KEV ini ialah

Kenyir Elephant Village ini dibuka  setiap hari dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Jadi rancang perjalanan anda dan pelajari mengenai hidupan gajah di sini.

Exit mobile version