Ke Hatyai dari Sungai Golok Menggunakan Keretapi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian .Semoga anda semua berada dalam kedaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri saya pada kali ini, saya inging berkongsi pengalaman menggunakan keretapi ke Hatyai dari Sungai Golok.

Semua sedia maklum, yang Sungai Golok hanyalah bersebelahan dengan Rantau Panjang Kelantan. Seberang sahaja sungai terus sampai ke negara Thailand. Nak cakap betapa dekatnya antara dua negara ini. Tambahan pula, negara ini merupakan antara destinasi pelancongan luar negara yang agak popular dalam kalangan penduduk Malaysia.

Bangunan imigresen Thailand Sungai Kolok

Oleh yang demikian, saya ingin berkongsi dengan anda semua cara untuk ke Hatyai dari Sungai Golok. Jika sebelum ini telah saya kongsikan ke Hatyai menggunakan keretapi dari Padang Besar, kali ini dari Sungai Golok pula.

Kenapa saya pergi dari Sungai Golok? Orang biasanya pergi dari Padang Besar kan? Mungkin ramai yang tertanya soalan ni, sebenarnya dari Padang Besar pun saya pernah, tapi memandangkan saya dok Kelantan sekarang, lagi cepat saya pergi dari Sungai Golok.

Lagipula, dari Sungai Golok ini banyak frekuensi ke Hatyai berbanding dari Padang Besar yang hanya 2 kali sehari.

Trip dari sungai Golok ke Hatyai. Masa yang ditunjukkan adalah masa Thailand ya. iaitu sejam lewat daripada kita.
Ini pula dari hatyai ke Sungai Golok. Saya biasa naik yang paling pagi. Apa yang saya kagum adalah sampai ke Sungai Golok tepat pukul 10 pagi! Keretapi diorang pun sharp masa.

Harga tiket train pun boleh tahan masuk akal la. Harganya hanya 92 baht sahaja. Atau lebih kurang RM12.40 untuk perjalanan 4 jam. Saya pilih train yang rapid. Jadi cepat sedikit lah berbanding train biasa. Ini kerana train biasa (ordinary) akan berhenti di stesen-stesen kecil. Manakala yang cepat (rapid) hanya berhenti di stesen-stesen besar. Tapi mengikut orang lokal, sebenarnya tak jauh beza pun masa. Kalau pilih train biasa lagi murah. Dalam RM5.60 sahaja sehala.

Sebenarnya best guna train dari Sungai Glok ni. Ini kerana ramai orang tempatan juga menggunakan train ini. Jadi bolehlah ringankan mulut untuk berborak dengan mereka kalau bosan. Saya orang Kelantan, jadi agak tidak jauh beza jugaklah loghat saya dengan orang selatan Thai. Tetapi kalau jumpa anak muda diorang, memang agak susah jugaklah nak berbual sebab kekangan bahasa.

Antara stesen yang berhenti sepanjang laluan iaitu stesen Raman
Stesen Tanjung Mas atau Tanyong Mat dalam bahasa Thai

Sepanjang perjalanan tu kalau anda rasa nak tidur bolehlah tidur tapi saya lebih suka menikmati keindahan alam sekitar. Masuk sawah padi, sungai, bukit bukau, kebun getah, kampung penduduk dan banyak lagilah. Jauh perjalanan luas pemandangan. Tak gitu?

Jom kita nikmati sedikit video yang telah saya hasilkan untuk anda 🙂

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge