Site icon AMIRNAWAWI

Kebaikkan Skipping dalam Turun Berat Badan

Kebaikkan Skipping dalam Turun Berat Badan | Assalamualikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah hari ini aku nak kongsikan dengan anda semua mengenai Kebaikkan Skipping dalam Turun Berat Badan.

Baiklah aku yakin yang kita semua nak kurus bukan? Aku pun tidak terkecuali. Mana tidaknya asyik naik sahaja berat badan ni. Dulu pernah la juga kurus, tapi makin rancak pula dia naik semenjak PKP ini. Aku search la di internet cara apa yang boleh membakar lemak dengan pantas.

Apa itu Skipping?

Skipping ataupun dikenali juga sebagai jump rope ataupun juga dikenali sebagai lompat tali merupakan salah satu aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh. Cliche sangat ayat. Tapi betul. Sekejap sahaja kau skipping konfirm berpeluh. Dan aku pun ada search juga tentang skipping ni, katanya banyak bakar lemak kalau konsisten.

Tak adalah la pantas sangat. Tapi lagi efisien berbanding dengan cara lain lah. Nak cepat, potong usus ataupun sedut lemak lah. Tapi itu atas aranan doktor. Jangan nak main buat je. And one more thing kalau korang mampu! Tak mampu jom kita jump rope bersama.

Kebaikkan Skipping

Baiklah, sebenanrya setelah buat research di Mr Google, saya terjumpa tulisan saudara ini. Nampak seperti seorang pengamal perubatan. Jadi saya kongsikan apa tulisannya.

Link asal: Di sini


Apa yang bagusnya bila kita buat jump rope ini? Saya nak kongsikan 6 kebaikan bila kita buat jump rope secara istiqamah setiap hari.

1. Pembakar lemak yang mantap.
Lompatan selama 1 jam dapat bakar sehingga 1300 kalori. Dengan 10 minit buat jump rope, sama macam kita jogging 1.6 km selama 8 minit.

2. Koordinasi langkah kaki bertambah baik.
Untuk mereka yang semakin meningkat umur sangat bagus. Jump rope dapat melatih otak membuat beberapa pergerakan dalam 1 masa.

3. Mengurangkan kecederaan kaki dan pergelangan kaki.
Sebabnya kita dah bentuk otot kaki kita bertambah kuat dengan senaman jump rope.Jadi kaki ini dah siap terima apa-apa gerakan atau hentakan yang berlebihan bila-bila masa.

4. Posture badan bertambah baik.
Kalian yang selalu di depan komputer, ini dapat menyebabkan posture kalian menjadi bongkok. Semasa buat jump rope, posture badan automatik berubah menjadi menegak dan mendada.

Muscle yang terlibat sewaktu berskipping

5. Tulang bertambah padu dan otot semakin kuat.
Jump rope ini senamannya seperti senaman angkat berat. Kesannya, tulang dan otot kita jadi lebih kuat untuk menampung berat badan.

6. Dan yang pastinya, buat jump rope ini memang fun dan enjoy.
Kalian boleh buat di mana sahaja. Tak perlu tempat dan ruang besar. Yang penting ada tali jump rope.

Pengalaman Sendiri

Aku sebenarnya dah pun memulakan aktiviti skiping ini. Ye lah kan, berat pun nak seberat anak gajah, jadi rasa bibang juga dengan diri sndiri. Pada mulanya malas, tapi aku paksa juga untuk buat. Kalau aku boleh, korang pun boleh!

Untuk memulakan aktiviti skipping ni pun cukup mudah. Korang kena dapatkan tali skipping sahaja. Itupun harga mampu milik la katakan. Aku dapatkan kat Shopee yang harga RM5.90 sahaja. Selesa juga la guna.

Yangi ni siap ada pengiraan lagi. Nak beli yang ni la nanti

Link produk di atas: Klik di sini

Ini skipping rope yang aku gunakakn sekarang. Not bad jugaklah. Smooth je. Harga pun berbaloi

Link produk di atas: Klik di sini

Selain itu pastikan anda memakai kasut yang sesuai. Tanah hendaklah rata supaya tak ada sangkutan saat kita menghayun tali itu nanti. Tiada tersekat-sekat.

Mula-mula nak cukupkan 100 pun rasa nak tercabut kaki. Malam tu terus sakit kaki. Tapi beauty is pain right? Hahaha. Aku teruskan untuk skipping lagi lepas tu. And guess what, now I manage to do 2000 sehari. Tapi tak berhenti di situ, aku nak aim 3000 sehingga 5000 sehari.

Sebabnya aku nampak ada Youtuber ni buat nampak smooth giler. Tapi bagi kita yang sedikit besar ini, slow-slow pun tak apa kan. Sebabnya slow is also a progress kan. Jangan nak paksa diri hingga cedera.

Semoga istiqomah!

See you on next blog.

Exit mobile version