Site icon AMIRNAWAWI

Kecil Namun Jelas Dengan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah untuk entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1.

Untuk makluman semua, pada minggu lepas saya telah pergi ke majlis pengenalan Projektor LED Ultra-Mudah Alih ViewSonic M1 di Petaling Jaya. Pada majlis tersebut, pertama kalisaya telah melihat projektor ViewSonic M1 ini. Pertama kali lihat, namun hati saya terus jatuh melihatnya. Kecil dan kompak namun ianya cukup power sekali. Mana tidaknya, gambar yang dipancarkan cukup jelas dan menyerlah. Selain itu juga, terdapat fungsi lain yang pastinya menjadikan projektor ini ada dalam koleksi anda.

Serbelum itu tahukah anda, jenama ViewSonic ini mungkin biasa kedengaran bagi kita di Malaysia ini. Saya juga dahulunya pengguna produk ViewSonic ini sendiri. Pada fikiran saya, saya ingatkan jenama ini adalah dari Malaysia, namun sebenarnya ia berasal dari California!

Menurut Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia,

“Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.”

ViewSonic M1: Teman Hiburan Terbaik

Untuk makluman anda semua, ViewSonic M1 dibuat dengan bateri yang telah tersedia, 16GB memori terbina dalam, dan teknologi LED yang tahan sehingga 30,000 jam penggunaan berterusan. Jadi tak usah kalian sibuk-sibuk nak mencari bekalan elektrik sekiranya pergi kemana-mana, kerana bateri ini boleh bertahan sehingga 6 jam! Ya, 6 jam! Anda boleh layan filem atau video anda sehingga 6 jam tanpa perlu untuk mengecasnya kembali.

Selain itu juga, sifatnya yang kompak dan mudah alih ini memudahkan ianya untuk dibawa kemana sahaja. Letak sahaja dalam beg galas anda, dan buka bila anda memerlukannya. Ianya cukup mudah dan menyenangkan terutama bagi yang telah berkeluarga. Tak perlu susah-susah nak mencari plug eletrik dan bekalan kuasa sebagainya.

Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Jadi sekiranya ruang anda kecil, jangan bimbang kerana imej yang terhasil akan menjadi besar. Selain itu juga, tapak pintar yang diintergrasikan membolehkan paparan 360-darjah, dimana pengguna boleh menayangkan multimedia mereka di dinding kosong ataupun pada siling. Sesuailah untuk anda menggunakannya ketika baring atau sebelum tidur.

Apa yang menarik perhatian saya adalah, M1 secara automatik akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta-merta apabila lensa dibuka. Ianya juga tertutup automatik ketika  objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Menarik bukan? Maksudnya kalau ada anak anda yang berada di depan projektor ini, ianya akan tertutup sendiri. Ini kerana bagi memastikan sesiapa sahaja tidak terdedah terlalu hampir dengannya. Selamat!

Dwi-Speaker harman/kardon®

Ya! Anda tidak silap baca, kerana projektor ViewSonic M1 ini dilengkapi dengan speaker tersendiri. Jadi anda akan dapat menikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan dwi-speaker harman/kardon® yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah. Tak perlu susah susah nak cari speaker yang lain apabila menonton filem. Pasang dan tonton sahaja!

Apa yang lagi menarik, jika anda nak dengar musik sahaja tanpa menonton, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon® dengan hanya menekan satu butang sahaja. Tekan dan bunyinya bergema seluruh ruang. Boleh dijadikan speaker ya. Serius menarik.

Pilihan Sambungan Yang Pelbagai

M1 juga memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah. Ianya boleh disambungkan dengan:

Jika anda sambungkan M1 dengan telefon anda, anda boleh strim video langsung, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada. Nak main game pun selesa weh! Dengan skrin yang besar macam ni, barulah puas hati nak berlawan permainan. Saya sendiri dah cuba, memang best dan begitu mengujakan.

Apa yang lagi menarik, M1 juga boleh disimpan terus data kandungan sehingga 16GB. Ini kerana M1 terbina dengan ruang simpanan dalaman tersendiri. Jadi maksudnya, tanpa elektrik, tanpa pendrive, tanpa speaker tambahan, anda boleh terus menonton video kegemaran anda. Pasang dan tonton sahaja. Bawa M1 satu sahaja, terus boleh digunakan. Tanpa perlu aksesori yang lainnya. Menarik dan mudah!

Harga dan Kebolehdapatan Produk

Untuk anda yang ingin dapatkan M1 bolehlah dapatkannya dipasaran dengan harga hanya RM1,349. Anda boleh dapatkan M1 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah.

Untuk berita lanjut dan informasi mengenai ViewSonic, lawati

Website: ViewSonic.com/my

Facebook: ViewSonic 

Exit mobile version