Keenakkan Makanan di Indobowl Sungai Besi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai keenakkan makanan di Indobowl Sungai Besi.

Sebelum ini memang saya sudah mendengar tentang Indobowl ini. Sememangnya masakan Indonesia yang terlintas dalam fikiran saya. Namun saya tidak pula menjangkakan terdapat juga pelbagai olahan masakan daripada produk Indomie di sini.

Apabila sampai sahaja di restoran ini, saya terlihat akan logo Indomie di hadapan kedai. Terus muncul di benak saya bahawasanya kedai ini menyediakan pelbagai masakan berasaskan mee segera ini. Namun saya silap. Ada juga masakan lain yang terdapat di sini.

Tidak hanya mee segera Indomie, tetapi ada juga masakan terkenal dari Indonesia yang lain. Tertanya juga saya, restoran ini ada subsidiari dari Indomie ke? Rupanya bukan, ianya restoran persendirian yang telah dipropose oleh pihak Indomie untuk menggunakan produk mereka.

Banyak menu menarik yang disajikan di sini dengan olahan daripada produk Indomie ini. Namun jangan khuatir kerana bukan masakan ringkas macam kat rumah tu, adalah dia punya bahan istimewa lain yang dimasukkan dalam masakan supaya lebih menaikkan rasa untuk hidangan mereka.

Berjaya habiskan tak ini?
Tapi memang habis!

Jujur untuk saya katakan yang menu makanan di sini serius BEST! Memang sedap giler. Jarang kami dapat habiskan makanan bebanyak yang dihidang sebegini. Namun kali ini ia habis!

Makanan

Jom kita saksikan sedikit sebanyak makanan yang disajikan di sini untuk rujukan anda yang bakal bertandang ke sini nanti.

Indomie salted-egg chicken

Yang ini memang best. Dengan ayam telur masinnya memang mengangkat lagi rasa hidangan ini. Ditambah pula dengan sambal istimewa, pastinya ini adalah hidangan ‘repeat order‘ yang pasti anda minta lagi dan lagi.

Indomie Cheesy Chicken Chop

Bagi anda yang mengemarkan makana berkeju, ini adalah hidangan yang sesuai untuk anda. Dihidangkan dengan keju dan juga ayam panggang. Serius sedap. Creamy dan menyelerakan.

Mambo Jumbo Seafood Soto

Yang ini pastinya kalau makan seorang memang tidak habis lah. Anda perlukan ramai kawan-kawan untuk memastikan hidangan ini dapat dihabiskan. Paling optimum jika anda ada 4-5 orang bersamna anda. Memang besar. Terdapat pelbagai makanan laut, telur dan juga ayam panggang!

Ropang (Roti Panggang)

Wah! yang ini saya pasti akan menjadi best seller. mana tidaknya, memang sedap. Lembut dan isinya memang padu. Kami makan dengan lahap sekali dan ingin lagi dan lagi. Yang ini anda patut pesan bila datang ke sini ya. Wajib!

Nasi Goreng Bawang Cili Hijau

Yang ini juga patut dicuba untuk anda yang gemarkan nasi asli Indonesia. Dengan ayam masak hijau yang enak dimakan pula dengan keropok, telur rebus, acar memang terbaik.

Nasi Ayam Madura

Yang ini pun dikhabarkan antara best seller di sini. Dihidangkan ayam yang dimasak dengan kicap manis bersama sambal khas. Memang terangkat lah! Saya paling suka sambal tersebut. Makan dengan nasi panas-panas pun dah sedap. apatah lagi dengan ayam yang menyelerakan ini.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan Restoran Indobowl ini bolehlah berkunjung ke mana-mana medium seperti di bawah:

72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 019-5426869

 FB : https://www.facebook.com/IndoBowlOfficial/

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge