Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman sekalian. Dah lama rasanya saya tidak menulis bekenaan dunia hiburan dalam blog ini. Tapi kali ini saya tergerak hati nak tulis pasal drama ini.
Bukan kerana minat, tapi kerana terpaksa menonton. Terpaksa sebab orang rumah saya tengok, jadi tiada pilihan lain saya pun terjebak la sekali. Oh! Drama ini dilakonkan oleh Anzalna Nazir, Zila Bakarin, Hisyam Hamid dan ramai lagi pelakon yang lain.
Namun apa yang saya pelik bila tengok drama ni adalah banyak. Tahulah diadaptasi dari drama Mexico, tapi agak pelik gak la bagi aku yang tengok ni. Serius memang tak logik weh..hahaha. Dahla 148 episod. Nak dekat 8 bulan baru habis. Sekarang semasa entri ini ditulis, baru 40 episod wooi..
Jadi jom kita baca apa yang aku rasa yang pelik dan tak logik setakat ni.
- Apasal pelakon Iqram Dinzly ngan Watie tu boleh jadi mak anak? Mereka tu nak dekat sebaya kot. Takkan la si Watie ni umur 5 tahun dah beranak. Gitulaaa
- Sebuah rumah sampai 3 4 orang gaji. Ish ish ish.. Dah macam mahligai cinta abadi 10 tingkat.. Memang super duper kaya nih. Orang biasanya seorang tu dah kira kaya gila.
- Si Mami, Ireene dan Naufal tu siap boleh tinggal bebas kat rumah Tengku/Ryan. What? Diorang ni siapa weh? Kalau tinggal kat rumah Vanidah tu okey la sebab tu memang anak Mami (lakonan Ziela Bakarin). Ni tetiba gi duduk umah orang ni pehal.
Orang cakap, dah namanya drama. Memang la tak logik. Nak logik pergi baca ensiklopedia la. Tapi aku masih tak dapat hadam semua tuh. Arghhh!..
Apapun Anzalna Nazir lawa siot. Zila Bakarin always be the beautiful. Dah agak veteran pun masih bergetah
AM: Dah namanya drama, yang hampa semua pi tengok tu pehal? Tukar channel lain la. Oh! berita sangat serius dah habis weh.