Kenangan Terakhir Mencandat Sotong

candat sotongAssalamualaikum dan salam sejahtera buat smeua pembaca lbog yang budiman sekalian. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta hendaknya. Baiklah dalam entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua rangkuman terakhir perjalanan saya dalam menyertai Festival Mencandat Sotong Antarabangsa ini. Jika sebelum ini anda ada membaca mengenai perjalanan aku sepanjang trip yang mengujakan ini.

Setelah beberapa hari berada di negeri cantik budaya menarik ini, akhirnya sampai juga ke hari terakhir. Dalam kata lain, pengalaman mencandat yang terakhir. Namun pada kali ini, kami bukan lagi mencandat di Pulau Kapas. Kami kali ini berlepas dari jeti hotel penginapan kami iaitu Jeti Hotel Duyong Marina Resort & Spa. Semua telah bersiap sedia. Kali ini aku tidak lagi bongkak angkuh seperti yang pertama kali. Aku tahu aku kuat namun aku terpaksa mengalah dengan kekuatan ombak bergelora. Aku telan jua pil mabuk laut itu.

Air yang tenang jangan disangka tidak bergelora katekow
Air yang tenang jangan disangka tidak bergelora katekow

Kami pergi ke tengah laut petang. Macam biasa la, sampai ke malam kami menunggu. Namun kali ini dijangkakan hasil lebih baik berbanding sebelum ini. Namun semuanya silap bila didapati hanya beberapa ekor sahaja yang berjaya ditangkap. Namun pengalaman ini sememangnya bermakna dalam hidup kami semua.

Merenung masa depan. Berharap hasil tangkapan kali ini lebih banyak
Merenung masa depan. Berharap hasil tangkapan kali ini lebih banyak

Ada yang mengatakan bahawa musim mencandat sotong telah berlalu. Oleh sebab itu hasil tangkapan kali ini kurang memberansangkan. Diceritakan pengalaman tekong bot kami bahawa dia berjaya mencandat beberapa tong sotong hanya beberapa jam. Letak je dapat. Kami ini berjam-jam menunggu namun bayangan sotong tidak kelihatan.

Yang penting, hujung bucu bot itu milik aku..hahaha
Yang penting, hujung bucu bot itu milik aku..hahaha

Namun kali ini kami pergi bersama geng radio amatur negeri Terengganu. Pelbagai tips yang dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan mabuk di laut ini. Apa yang menarik ialah diberinya kami ini pita pelekat atau salotape dan disuruh tampal di pusat kami. Katanya kalau buat begitu angin tak masuk kedalam perut. Bila angin tak masuk, maka tak mudah la nak bergoyang dan pening. katanyalah… Tapi rasa macam betul juga.

Betul atau tidak tu tak pasti la. Tapi tips tu memang menjadi. Kali kedua turun kelaut ni memang kurang sikit peningnya. Disebabkan pita pelekat itukah atau sebab kali ini makan pil mabuk laut, ataupun pada kali ini laut lebih tenang berbanding dulu. Semua itu pun faktor juga. Namun apa yang pasti, kali ini kami lebih bersedia mental dan fizikal untuk menawan apa yang ada.

Setelah lebih beberapa jam berada di lautan, ada diantara kami yang sudah mula merasa bosan. Aku macam biasalah akan berada di hujung bot. Mudah nak bersandar dan bersiap siaga kalau nak muntah. hahaha.

Dah bersandar nampaknya cik kak ni..hahaha
Dah bersandar nampaknya cik kak ni..hahaha

Bagi yang belum biasa mencandat ni, untuk maklumat kita tidak menggunakan umpn ya. Sekadar ubun-ubun dan tali tangsi sahaja. Turun naik, turun naik. Buat macam itu je berulang kali. Agak lenguh jugaklah sebenarnya. Namun dah semua orang lain buat, aku pun kena la buat jugak kan. Nak je turun ke pasar pergi beli sotong kat pasar tu. Kan senang. Namun itulah pengalaman yang dikutip. Lain orang lain caranya. Kepuasan menangkap sendiri tu yang penting.

Setelah beberapa ketika berada di laut, kami kembali ke daratan. Oh! Indahnya. Kali ini majlis penutupan dirasmikan oleh YB Datuk Mohamad Jidin, Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Makan berakhir sudah episod perjalanan mencandat pada kali ini.

Jom sebelum berakhir kita recap kembali apa yang telah aku lalui sepanjang expidisi ini yang belum diceritakan di dalam blog aku.

i. Festival Kenyir

Festival ini diadakan di Tasik Kenyir. Banyak aktiviti yang diadakan disini dan crowd pun ramai juga. Ada diantara mereka penduduk asal kampung ini dan ada juga dari kalangan pelajar universiti negeri Terengganu. Terdapat pelbagai aktiviti antaranya permainan tradisional. Kami pun tidak melepaskan peluang untuk turut serta.

congkak congkak2 congkak3 congkak4

ii. Mengutip Kepah

Ini pengalaman terbaru aku juga. Sebab biasanya sebelum ini aku kutip etok sahaja. Namun kali ini mengutp kepah. wah! Dahla besar pulak tu. Kami kena kutip secara manual. Baru la feel kan. Namun lama juga masa yang terpaksa diambil. Almaklumlah kau kena duduk dan cari satu-satu bawah timbunan pasir tu. Memang kematu juga la. Tapi best sebab kami jumpa banyak!

congkak5 congkak6

jigging 5

iii. Melawat sekitar Perkampungan Cina Kuala Terengganu.

Perkampungan cina kita semua sedia maklum, dimana-mana juga ada perkampungan ini. Ibu aku memang asal orang Terengganu. Tapi sebelah Jertih la. Aku dah biasa datang ke market Kuala Terengganu ni (kami panggil pasar sebagai market). Tapi aku tak perasan pula ada kampung Cina sebelah ini. Kami jalan-jalan sekitar kampung Cina ini dan semestinya bergambar. Dan diabadikan perjalanan aku disini dalam bentuk kolaj. Kau ghase?

jigging 7

Maka berkahir sudah expedisi kali ini. Memang mengujakan dan memang menjadi sesuautu yang kela dalam ingatan. Selepas ini kalau ada yang cakap pasal candat sotong, aku boleh la nak gebang sebesar dunia bahawasanya aku pernah pergi. hah! Tapi kalau orang ajaka aku lagi pergi mencandat, kau rasa aku nak pergi? Kita fikri lain kali ek!

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam perjalanan trip kali ini. Tidak dilupakan kepada Gaya Travel magazine, Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Projek Travel.

congkak7

p/s: Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai festival ini, bolehlah search di instagram dengan hashtag #SquidJiggingTGG

 

Gaya Travel Magazine

Website : www.gayatravel.com.my

Facebook : www.facebook.com/gayatravel

Twitter : www.twitter.com/gayatravel

Instagram : www.instagram.com/gayatravel

 

Tourism Terengganu 

Website : http://tourism.terengganu.gov.my/

 

 

 

 

 

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge