October 12, 2024
Hal-hal Semasa

Kenapa Aku Ponteng Sekolah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni aku nak tulis entri yang berbentuk ilmiah pula. Biasanya apa yang aku tulis hanyalah entri merapu yang tiada pengajaran yang khusus. Namun hari ini terdetik di hati kecil aku untuk membicarakan tentang gejala ponteng sekolah yang berleluasa marcapada ini. Memang  tidak dapat dinafikan namun itulah realitinya.

Aku terdetik nak tulis pasal ni kerana pagi tadi aku tertengok program Solehah kt TVAlhijrah. Ada la tugasan para peserta yang kena buat liputan. Tugasan mereka kena buat liputan pasal gejala ponteng sekolah nih. Terdetik jugak dihati aku ni kenapa mereka ni suka ponteng sekolah. Bagi aku sekolah la tempat paling best kerana dapat belajar bersama kawan-kawan dan menimba ilmu yang baru. Cikgu-cikgu pom peramah dan memang tulus dan jujur untuk mengajar.

Namun persoalannya sekarang, KENAPA PELAJAR SUKA PONTENG SEKOLAH?

Sebenarnya semua pihak terlibat dalam salahlaku ini. Sedar atau tidak sedar namun itulah realitinya.

1) Ibu Bapa

Masalah dengan ibubapa..

2) Pihak Sekolah/Guru

Warga pendidik..

3) Rakan Sebaya

Kawan-kawan

4) Masyarakat

Namun tulisan aku pada kali ini adalah untuk menyalahkan sesiapa, namun perlulah kita mencari penyelesaian bagi menangani masalah ini. Jikalau dibiar berlarutan, dibimbangi menjadi barah dalam masyarakat. Sesungguhnya ilmu itu amat penting. Sebab itu dalam Islam diwajibkan ke atas kita untuk menuntut ilmu kerana dengan ilmulah kita dapat membezakan antara hak dan batil. Remaja sekaranglah yang akan memacu negara kita masa akan datang. Jikalau remaja sekarang bermasalah, maka..erm, tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Para remaja sekarang memang tidak dapat kita kenal pasti apakah perasaan, kemahuan serta jiwa mereka. Adakah sedang bergelora dengan pelbagai masalah ataupun tidak tenang. Semakin meningkat dewasa memang banyak masalah atau konflik diri yang terpaksa mereka hadapi. Sebagai seorang yang lebih berumur (erm aku baru jer 24, cakap macam dah umur 50), janganlah terlampau mengharapkan sesuatu daripada anak-anak. Dengan kata lain mengongkong. Memang orang dewasa sukar untuk memahami perasaan orang muda nih .

Bila salah sedikit mulalah marah dan lebih teruk memukul mereka. Sesungguhnya pengalaman adalah guru yang paling hebat atas dunia ini. Ini tidak, salah sedikit terus menghukum. Biarkan mereka dengan dunia mereka. Jikalau salah tolong tunjukkan jalan yang betul. Bagi aku menghukum bukan dapat menyelesaikan masalah. Aku suka menggunakan istilah membimbing lebih baik daripada menghukum. Menghukum akan menyebabkan jiwa seorang remaja memberontak. Kita tidak mahu sesuatu yang tidak elok berlaku. Mereka memerlukan segala tunjuk ajar daripada kita. Jangan biarkan mereka terkapai-kapai tanpa tujuan.

Semua pihak memainkan peranan masing-masing. Bukan saling menuding jari jika sesuatu berlaku. Aku sedih bila ada peristiwa yang berlaku kat seorang remaja nih namun ibubapa dia sibuk  marah kat guru sebab katanya guru ni tak pandai mendidik anak mereka. Ya Allah, memang sebak jugak la. Padahal tugak mendidik tu memang tugas hakiki seorang ibubapa. Bila ibubapa dah buat begitu, mestilah anak tersebut akan berasa sedikit terganggu emosi dia untuk belajar. Malu dan seterusnya akan ponteng.

Satu lagi peristiwa apabila orang memperkecilkan kelebihan seseorang. Ini berlaku sendiri pada adik aku. Aku akui memang dia kurang sikit dalam bab kira-kira dan Sains nih. Bahasa Inggeris pom memang ke laut juga la. Orang kampung la katakan.. (aku terkecuali sebab aku lain sket :P). Bila result percubaan keluar, memang dia dapat teruk la. Aku pi jumpa seseorang nih sebab aku memang pentingkan pendidikan adik-adik aku. Boleh pula orang tuh cakap. ” Erm, biasala tu dapat markah rendah, budak kelas hujung-hujung memang macam tuh”. Fuhh! Angin satu badan la aku. Tiada sedikit perasaan bersalah.

Namun aku tidak melatah. Aku cari kat posisi mana kelebihan adik aku ni. Finally I found it. Dia memang bijak dalam bab Kemahiran Hidup. Sebabnya dia selalu bantu bapak aku baiki kereta. Oh! Aku paksa juga dia belajar betul2. Tapi aku suh dia pulun lam subjek ni lebih sedikit. Finally when result PMR keluar, memang dia dapat A dalam subjek ini.. Sekarang Tingkatan 4 dia berada di kelas paling hadapan walaupom Tingkatan 3 kelas corot. Jangan cepat menghina dan memperlekeh, namun carilah kelebihan diri sendiri. You can do it..

Memang banyak yang aku ingin luahkan namun biarlah disitu saja dahulu. Namun memang isu ini kalau dikupas oleh remaja, konform akan back-up remaja. Ye idok?

 

AM: Sedih apabila diri ini diperkecilkan oleh orang lain. Setiap orang ada kelebihan serta kekurangan masing-masing.  Orang suka tengok akan kelemahan kita namun tidak peduli akan kelebihan kita. 🙁

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

24 thoughts on “Kenapa Aku Ponteng Sekolah?

  • paihujey

    sangat setuju dengan encik amir..byk poin2nya..antaranya ibu bapa yg menyalahkan guru yg tidak mendiik anak dia padahal dia yg tidak pandai mendidik anak..reti buat anak ada lah..dan lagi satu, ibu bapa yang suka mengongkong..macam diri aku jugak..tapi aku redha..mereka tahu apa yang baik untuk kita..=)

    Reply
    • Jadi, ape perancangan mmu loni Uzair? Just stay at home or find another way?

      Reply
  • paihujey

    lari topik ni..

    Reply
  • erm..semua pihak mmg ken ajalankan tanggungjawab masing2..xleh nak tuding2 jari kat org lain la..hee

    Reply
      • apsal tak leh nak komen mcm biasa? dah 2 kali cuba komen tp gagal….pas tu nape ruang tulis nama & email & website tu sempit??????

        Reply
        • Boleh jer komen cik fannun oi.. ha3.. tapi kenapa komen ada selalu masuk spam nih? orang lain biasa jer..he3 😛

          Reply
  • ada yang tak minat belajar tapi terpaksa sebab mak bapak suruh. budak – budak, usia mcm tu diorang takkan paham..bila dah besar hidup takde tujuan baru nak nyesal.

    Reply
    • Hehe. Mana tau kot-kot boleh ganti Dr Fadzillah Kamsah ke pasnih 😛

      Reply
  • alasan yg no 1 tu, klu aku lebih baik dok sek dr dok kt umah…hbis sek bosan2 lepak rumah kwn..matahri dh terbenam baru balik, tak pun, apply dok sek asrama..

    nk ponteng tak ponteng bergantung pd diri sendiri sbnrnya, faktor guru pyumbang terbesar remaja ponteng sek, terutama tak siap keje sek, cikgu terlampau garang @ ada mslh ngn cikgu tu..yg len2 tu faktor kecil je..

    Reply
  • klu yg no 1 tu, bek pi sek dr dok umah..blik bila mthri terbenam tak pun lepak umah kwn..xpun apply jer sek asrama.. itupun klu di sek ok…kdua2 tak ok, mmg ponteng jugak le.. kdg klu tak siap keje sek, cikgu pulak garang nk mampuih, mmg confirm remaja akn ponteng sek.. lg 1 klu sehari dah ponteng dlm setahun, peratus untk ponteng di hari yg lain mmg tinggi..

    Reply
    • So, jangan start ponteng la maksudnya.. Sekali pnteng, selamanya nak ponteng..he3

      Reply
      • ha’ah..bkn takat ponteng je, klu sakit sikit pun dh mls pi sek, klu tak pernah miss, sakit, hujan pun dtg jugak…

        Reply
  • haha3.. Amir jarang2 ponteng prep nih.. Amir selalu ponteng roll call.. memang leceh..

    BTW, MRSM mana dulu?

    Reply
  • Assalam…..topik yang menarik…rasanya ada tak program yang boleh di buat di sekolah untuk mengatasi masalah pelajar ponteng dan rasa tersisih ni? Program jangka panjang….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *