Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat-sihat dan hebat sekali pada hari ini hendaknya. Baiklah pada kali ini saya ingin berkongsi seidikit pandangan saya kenapa pendapatan melalui churp-churp merudum hari demi hari/klik makin berkurang.
1-Ahli Churp-churp semakin bertambah saban hari.
Kalau dulu, bila satu kempen disiarkan, ramailah yang bersemangat nak klik untuk mengetahui apa maklumat atau iklan yang disajikan. Namun sekarang, boleh dikatakan kebanyakkan rakan fb saya telah mendaftar sebagai ahli churp-churp, maka semestinya mereka hanya focus akan iklan yang mereka sendiri siarkan dan tidak mengambil kira akan iklan yang orang lain siarkan. Senang cakap, kalau semua dah jadi tokey, sape nak jadi pengguna. Namun biarlah, the more, the merrier kan.
2-Persaingan dari syarikat pengiklanan lain.
Pengiklanan melalui internet merupakan salah satu teknik pengiklanan yang boleh dikatakan amat berkesan sekali marcapada ini. Oleh itu, churp-churp bukanlah satu kuasa dominan dalam bidang ini. Banyak syarikat lain mula muncul berlandaskan pengiklanan internet sebegini. Jadi keghairahan para pengguna untuk mengetahui akan iklan yang disiarkan agar terhad disebabkan banyak medium lain yang ada. Jadi mungkin mereka tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut akan iklan churp-churp ini.
3-Link yang seakan bersepah di wall atau timeline twitter.
Mungkin ramai yang ghairah untuk menjadi ahli churp-churp kerana terpengaruh dengan rakan namun tidak membaca undang-undang yang ditetapkan oleh pihak churp-churp. Ramai yang berkongsi iklan di facebook berturut-turut. Maksud saya ialah semua iklan yang ada kat social share di churp-churp tu mereka share serentak. Pastinya penuh diruangan wall fb rakan mereka dengan iklan ini. Kewujudan iklan yang berderet-deret ini seakan-akan spam dan menjengkelkan mereka yang melihat dan seterusnya mengurangkan mereka yang mengklik link yang terpampang.
4-Fobia dengan perkataan churp-churp.
Ini saya rasanya paling teruk. Telah wujud dalam sesetengah pengguna facebook yan fobia dengan perkataan churp-churp. Bila timbulnya link churp-churp di wallfeed mereka, mereka terus beranggapan yang itu adalah sekadar iklan murahan. Tidak disalahkan mereka jugak. Mungkin mereka selalu kena sebelum ini spam link yang banyak oleh orang lain yang menipu dalam meraih klik. Lain yang ditulis, lain iklan yang keluar bila ditekan. Para pengguna mungkin muak dengan hal sebegini. Ini adalah sedikit survey dengan kawan-kawan saya, bila ditanya tentang churp-churp, apa yang mereka jawab ialah,’ Ni mesti iklan la ni, tak de kerja lain ker nak share. Benci betul aku.”
5-Virus dan spam yang bermaharajalela di ruangan social
Facebook semakin hari semakin banyak spam yang ada. Tak kurang juga virus yang membiak dengan banyakannya. Ini diakui umum. Mark Zurkeberg mungkin dah banyak kali menukar interface fb dan menambahbaikkan keselamatan fb namun masih tidak dpt menangkis serangan manusia yang lain yang bertindak liar di alam siber ini. Ramai pengguna internet seakan fobia untuk mengklik sebarang link sekarang kerana takut terklik link virus ini hatta link churp-churp! Memang menyedihkan saya. Saya sekarang sendiri pun takut untuk mengklik link-link yang terpampang difacebook kerana dikhuatiri ianya link-link liar.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Semua sebab diatas adalah berdasarkan pemerhatian serta sedikit soal selidik terhadap kawan-kawan saya. Kalau dulu memang lumayan jugak yang dapat, namun sekrang seakan tidak bergerak amaunnya. Nasib baiklah churp-churp ada social seeding yang mampu membantu.
Tapi ramai juga yang masih mendapat banyak melalui churp-churp iini. Ramai jugak yang menggunakan cara yang salah. Ayat yang dikeluarkan lain dari iklan yang disiarkan, spam link kat fb rakan, memaksa orang untuk klik, menggunakan pemendek link, dan sebagainya. Bagi aku biarlah mereka nak buat sebegitu, tapi prinsip aku biarlah apa yang aku dapat melalui jalan yang telah digariskan.
Undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak churp-churp itu seakan akad dalam perniagaan. Jikalau kita melanggarnya, seakan kita tidak menepati urusan perniagaan itu dan hukumnya semua telah sedia maklum bukan. Yang halal itu walapun sikit adalah lagi baik. 🙂
Namun aku sentiasa menyokong iklan-iklan yang disiarkan oleh churp-churp. Memang menarik dan aktiviti yang mereka jalankan juga sama-sama aku turut serta bagi menambah lagi rakan serta hadiah. Memang lumayan jugak. Movie screening, churpout and so more activities. Let join together. Pesanan aku kepada rakan-rakan yang lain, biarlah kita siar iklan mengikut garis-garis yang ditetapkan agar pengiklanan melalui internet ini menarik serta tidak menyakitkan hati orang lain.
AM: Bila agaknya nak join churpout ni? Teringat lagi aku menari di Churpout pertama kat Marks Place aritu. Sakit badan aku bila sampai umah..haha3. tapi seronok betul rasanya. 🙂