Site icon AMIRNAWAWI

Kertas pH, Satu Keterujaan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua pembaca budiman sekalian. Hari ini entri meneruskan hantar kepada kesinambungan kisah latihan industri saya sebelum ini. Kalau masih yang belum tahu di mana saya berada sekarang, bolehlah jenguk entri pembukaan latihan industri saya tempoh hari.

Hari demi hari saya belajar pelbagai pengalaman baru. Ada yang senang dan ada juga yang susah. namun apapun semua itu pengalamn berguna untuk saya pelajar ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia ini. Namun hari ini hari hujan engan lebatnya. agak malas untuk saya turun ke kilang. Sekadar menghempas badan di dalam makmal sahaja.

Kilang kelapa sawit memang banyak prosedur yang terpaksa dilakukan sebelum minyak dihantar kepada pelanggan. Apepun hari ini memandangkan hari hujan, aku bermain dengan kertas pH sahaja. Memang teruja! Kenapa? sebab kali terakhir aku guna kertas pH ni masa sekolah rendah kot. Sekarang walaupun pengkhususan aku dalam kimia, namun jarang boleh jumpa. Sebab tu teruja lebih.

Anda semua pernah guna kertas nih. untuk makluman, penggunaan kertas ni cukup senang. Aku memang suka tengok perubahan warna kertas ni bila dicelup dalam larutan air. Nilai 6 dan ke bawah adalah asid dan 8 ke atas adalah alkali. 7 pula neutral.

Apepun, kongsi la pengalaman anda dalam makmal bersama saya di komen bawah ini. Terima kasih 🙂

 

 

AM: Tadi tak sahur. agak berkeroncong 🙂

Exit mobile version