Pada 9 November yang lalu telah berlangsungnya Konsert Dato Siti Nurhaliza Live In Kuantan yang bertempat di Bukit Gambang Resort City. Konsert ini bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam. Konsert ini dimeriahkan lagi dengan penaja utamanya iaitu Xpax.
Pelbagai tetamu kehormat turut sama hadir pada konsert kali ini termasuklah tetamu diraja iaitu YTM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Syah. Konsert dimulakan dengan nyanyian lagu negeri Pahang.
Kemunculan Dato Siti sememangnya memukau. Lagu pembukaannya ialah Jika Kau Tak Datang menggamatkan seluruh dewan banquet di Bukit Gambang Resort City ini. Sorakan dari peminatnya menggemakan seisi dewan. Peminat Dato Siti datang seantero Malaysia. Ada dari Pahang, Selangor, Johor hatta Indonesia! Sememangnya konsert ini dinantikan oleh seluruh peminatnya selama ini.
Sebanyak 20 lagu yang diperdendangkan sepanjang konsert ini berlangsung. Berikut susunan lagu yang dipersembahkan.
[notice]
-
Jika Kau Tak Datang
-
Ku Mahu
-
Jerat Percintaan
-
Wajah Kekasih
-
Cindai versi Acapela
-
Destinasi Cinta
-
Stand UP
-
Ku Milikmu
-
Falling In Love
-
Medley lagu Alleycat- Hangga Akhir Nanti, Layang terputus Talinya dan Sampaikan Salam
-
Galau- lagu baru
-
Seindah Biasa
-
Ketipak Ketipong
-
Dialah Dihati
-
Nirmala
-
Biarlah Rahsia
-
Bukan Cinta Biasa
-
Muara hati
-
Poh Paleweh.
[/notice]