Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada para pembaca blog sekalian. Ringan rasanya jari-jemari ini untuk menulis sedikit mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Saya yakin yang kita semua pernah mendengar mengenai Kedai Rakyat 1Malaysia ini bukan? Namun tahukah anda tentang tujuan kewujudan KR1M ini?
Kewujudan KR1M ini memberikan banyak manfaat kepada semua rakyat Malaysia. Antara kebaikan KR1M adalah barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding harga pasaran biasa. Kualiti barangan yang dijual juga setanding dengan jenis barangan sama yang dijual dengan harga yang lebih tinggi di tempat lain. Melalui KR1M ini, rakyat dapat membeli barangan yang berkualiti pada harga yang lebih rendah. Selain itu jugak, barangan keperluan harian juga sentiasa ditambah bagi memastikan kuantitinya mencukupi bagi menampung pertambahan penduduk bandar yang padat.
KR1M juga sedikit sebanyak dapat membantu usahawan dari sektor industri Kecil dan Sederhana. Ini dapat menjenamakan lagi produk mereka dan meningkatkan jualan pengusaha industri ini yang kebanyakkannya terdiri daripada pengusaha Bumiputera. Melalui KR1M ini, produk mereka akan sentiasa mendapat tempat dipasaran dan menambahkan lagi hasil jualan mereka.
Namun terdapat juga sedikit kesan yang kurang enak dengan pelaksaan KR1M ini. Antaranya ialah akan mengurangkan kebergantungan penduduk kepada kedai runcit kecil di taman-taman atau kampung-kampung. Hasil jualan kedai peruncit ini mungkin akan berkurangan berikutan adanya KR1M yang menjual barang yang lebih murah dari kedai mereka. Secara tidak langsung akan mengurangkan sumber rezeki mereka. Dengan kata lain, KR1M ini diibaratkan menelan kedai runcit biasa. Selain itu juga, kebanjiran produk 1Malaysia juga dikhuatiri akan menyaingi produk tempatan yang semangnya sudah lama digunapakai oleh rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, produk-produk tempatan yang lain akan susut jualannya.
Berikut adalah sedikit video dari pelanggan KR1M mengenai KR1M ini.
(Ditemuramah sendiri oleh saya)
(Ditermuramah oleh wartawan FreeMalaysiaToday, sumber Youtube)
Sepanjang pemerhatian saya juga, barangan di KR1M juga perlu dipelbagaikan lagi. Bukan sekadar barangan keperluan harian sahaja malahan barangan lain seperti barangan plastik, barangan pembelajaran seperti buku juga perlu dijual di KR1M ini bagi memastikan kelompok pelajar juga mendapat manfaat yang serupa. Pada pengamatan saya, teknik pengiklanan barangan 1Malaysia amat mendukacitakan. Pembungkus barangan 1Malaysia seakan ‘tiada seri’ dan hambar. Pembungkusan yang biasa saja tidak begitu menarik. Adalah lebih baik sekiranya pembungkusan barangan dijadikan lebih menarik seiring dengan kualiti yang dihasilkan. Barulah menambah lagi minat para pelanggan unutk membeli di KR1M. Walaupun ianya boleh dianggap sebagai pekara kecil namun kadang-kadang ia jugak mempengaruhi para pelanggan.
Saya bukan menulis berdasarkan cakap kosong semata tetapi berdasarkan mengamatan saya sendiri. Saya juga pernah beberapa kali bertandang ke KR1M ini untuk membeli beberapa barangan keperluan harian. Jadi berdasarkan pengalaman menjejakkan kaki ke sanalah yang mewujudkan intipati penulisan saya ini. Maaflah sekiranya ada penulisan saya ini menyinggung mana-mana pihak.
Akhir kata, kewujudan KR1M ini semamgnya dinantikan oleh setiap rakyat. Walaupun dikecam oleh perlbagai pihak dengan tuduhan serta cubaan untuk memburukkan jenama kedai ini, namun hakikatnya KR1M ini sememangnya meringgankan sedikit sebanyak bebanan rakyat. Terima kasih Kerajaan malaysia kerana menyediakan perkhidmatan ini kepada rakyat.
Contest Entry Terbaik – KR1M : Apa Kata Anda ini dibawakan oleh WootMedia Network dan ditaja oleh Portal Berita MyNewsHub
AM: Pengalaman menemuramah pelanggan yang memang menarik..