September 28, 2023
Lain-Lain

Kucing Yang Cekal Dan Seekor Ibu Yang Penyayang

Assalamualaikum. Alhamdulillah Aku dah selamat sampai ke rumah.

Aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku dengan seekor kucing semasa aku di stesen bas tadi. Aku sampai dari Kuantan ke Machang dalam pukul 9 malam. Dalam hujan yang lebat aku turun bas dan terus ke pondok menunggu.

Lepas tu aku melabuhkan punggung aku di kerusi di situ semntara menunggu abang aku datang ambil aku. Tiba-tiba datang seekor kucing yang perutnya memang besar. Datang ke arah aku seolah-olah memberi tahu sesuatu. Memang aku dah rasa sesuatu yang aneh tentang kucing itu. Dia merengek-rengek seolah-olah sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Memang kalau kucing yang lapar akan mengiau dengan cara yang berbeza.

Kawan aku lepas tu beli keropok ikan dan bagi kat kucing itu. Tapi ternyata dia memang tidak lapar. Tidak dijamah sedikit pom kerepok ikan yang disediakan. Ya Allah. Sang Pencipta yang menciptakan sekalian makhluk. Dicelah-celah susunan beg di bawah kerusi si kucing tersebut terduduk dan melakukan sesuatu. Aku memerhatikan gelagat si kucing itu.

Aku memang dah pelik dengan cara kucing itu. Bukan gaya seekor kucing lapar tapi memang ada sesuatu. Aku lihat dia menjilat-jilat bahagian ekornya dan ternampak sesuatu yang sedang keluar. Ya Allah! Air ketumban dia telah keluar. Aku pom ternampak la kepala kucing dah keluar.. Aku dan kawan aku sedikit panik la. Kami berusaha mencari tempat untuk dia beranak dengan sempurna. Ternyata kucing itu memang terperangkap dalam hujan di situ. Tiada jalan keluar dari pondok itu dalam hujan lebat.

Kawan aku segera mencari kotak untuk dia beranak. Diletakkan kotak di tepi dia. Tidak semena-mena kucing itu segera masuk ke dalam. Maha suci Allah yang Menciptakan Sekalian makhluk. Dititipkan perasaan malu dalam jiwa kucing itu. Seekor binatang yang kita selalu buli dan kacau mampu mempunyai perasaan malu.

Rupanya memang kucing itu mahu beranak dan tiada tempat untuk dia melaksanakan tugas dia itu. Si ibu kucing yang tegar itu memang seekor kucing yang amat baik. Aku tersentuh tengok bagaimana si kucing itu meminta secebis belas kasihan daripada manusia untuk dia menyambung zuriatnya.

Apa yang aku dapat pengajaran daripada peristiwa tadi ialah bagaimana seekor kucing tadi masih mempunyai perasaan saya akan anak dia. Di carinya tempat untuk dia melahirkan anaknya dan malu unutk beranak dikhalayak ramai. Seekoor haiwan pom masih mempunyai perasaan malu dan mengasihi anak. tapi apa yang aku amat  sedih pabila mengenangkan sifat sesetengah manusia yang sanggup membunuh anak mereka serta membunag anak mereka sejurus dilahirkan.

Tersentuh jiwa aku. Ini membuatkan aku lebih menghargai kucing. Kalau dulu aku selalu sepak si kucing ni bila terlampau mengada-ngada. Namun segalanya telah merubah persepsi aku. Sakitnya si ibu untuk melahirkan anak.

AM: Seriusly aku memang tersentuh dengan peritiwa tersebut..

amirnawawi

Penulis yang sentiasa memikirkan tentang masa depan.

7 thoughts on “Kucing Yang Cekal Dan Seekor Ibu Yang Penyayang

  • paihujey

    kucing umoh aku sokmo kalu nk beranok dio cari tempat nk beranok tu dulu..bawah katil, bawah tangga lokasi kegemaran..

    mungkin kejadian ni Allah turunkan pada mu supaya mu x sepak kucing doh pahni..

    Reply
    • Memang la..tapi kucing tu teperangkap.. Takdop tempat dia nak beranak. Memang kesian. Hujan lebat masa tu

      Reply
  • Haiwan lebih berakal dan berperasaan dari segelintir manusia…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *